Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Sebuah Hotel Dikecam Kerana Jual Semangkuk Nasi Putih Pada Harga RM25
spot_img

Sebuah Hotel Dikecam Kerana Jual Semangkuk Nasi Putih Pada Harga RM25

- Advertisement -

PERNAHKAH anda berhadapan dengan harga makanan yang tidak masuk akal? Atau di luar kebiasan? Atau lebih tepat lagi harga yang mencekik darah. Seperti kes ikan siakap yang pernah tular baru-baru ini, kejadian sama turut berlaku di negara jiran kita, Singapura. Namun isunya bukanlah ikan, tetapi semangkuk nasi putih.

Baru-baru ini pengguna media sosial dikejutkan dengan rasa tidak percaya dengan harga semangkuk nasi di sebuah hotel mewah di Singapura yang didakwa tidak masuk akal.

Ia dibongkarkan oleh seorang pengguna TikTok yang menginap di suite presiden hotel Marina Bay Sands (MBS), di mana dia menerima bil hampir S$19.00 atau sekitar RM58.53 untuk dua mangkuk kecil nasi putih. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Video resit menunjukkan bahawa setiap mangkuk berharga S$8.00 atau RM24.64 setiap satu, ditambah S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai. “Semangkuk kecil nasi putih yang paling mahal,” kata pengguna itu.

Video itu telah menerima lebih daripada 300,000 tontonan dan hampir 7,000 komen – kebanyakannya daripada orang ramai yang menyatakan rasa terkejut dengan harga beras tersebut.

“Beras MBS diperbuat daripada emas,” kata seorang pengguna. Manakala seorang lagi menyifatkan ia sebagai “rompakan”. Seorang pengguna menjelaskan dengan sinis kenapa ia dijual pada harga yang mahal, “Mereka memasak [nasi] sebiji demi sebiji kemudian mengumpulnya ke dalam dua mangkuk untuk dihidangkan kepada anda… itu sebabnya hargnya S$8 setiap mangkuk.”

- Advertisement -

MBS bukan satu-satunya hotel yang menghadapi kritikan terhadap harga makanan. Baru-baru ini perkongsian seorang individu menjadi bualan netizen apabila mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi. Menerusi perkongsian tersebut, harga yang perlu dibayarnya untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram itu berharga RM1,196.80.

Manakala pemilik restoran stik, Salt Bae juga telah mendominasi tajuk utama dalam beberapa minggu ini selepas restorannya di London mengenakan bayaran RM50.00 kepada pelanggan untuk satu hidangan minuman Coke.

Rakaman yang tular

@richlife1688Most expensive small bowl of white rice

♬ You Know Who Is My Father? – 黃明志

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL