spot_img

Rasmi BN Bentuk Kerajaan Melaka

- Advertisement -

PRN MELAKA – Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh 15 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam ini di Menara Persekutuan di Melaka.

“BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

- Advertisement -

Abdul Ghani juga berkata proses pengundian bagi pilihan raya berkenaan berjalan dengan baik dan lancar.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia SPR

Tiada Adun yang melompat berjaya kembali ke DUN

Tiada seorang pun Adun yang berpaling tadah sehingga membawa kepada jatuhnya kerajaan BN-PN awal Okt lalu gagal kembali ke DUN Melaka.

Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon bebas kali ini gagal mempertahankan kerusinya di sebalik kemenangannya pada 2018 dengan kelebihan 2,756 undi.

- Advertisement -

Setakat berita ini ditulis, bekas Adun DAP yang meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) dan BN pada tahun lalu hanya meraih 1,218 undi.

Calon BN, Kalsom Nordin (Umno) kini mendahului undi berbanding empat pencabar lain.

Sementara itu bekas ketua menteri Idris Haron – yang bertanding sebagai calon PKR pula kalah besar di Asahan apabila hanya meraih 1,344 undi.

- Advertisement -

Pesaingnya Fairul Nizam Roslan (Umno-BN) yang merupakan muka baru, menang dengan 4,816 undi.

Seorang lagi adalah bekas exco Noor Azman Hassan yang bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi Pantai Kundor turut kalah. Dia yang bertanding sebagai wakil Amanah-PH kecundang kepada calon BN, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim.

Seorang lagi wakil rakyat yang menarik sokongan daripada BN-PN baru-baru ini ialah Noor Effandi Ahmad. Dia tidak bertanding dalam PRN ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL