Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
(Video) Tiket Parking Lebih RM1000, Kenapa Mahal Sangat? Tiba Tiba Nak Keluar, Macam Kena Scam!
spot_img

(Video) Tiket Parking Lebih RM1000, Kenapa Mahal Sangat? Tiba Tiba Nak Keluar, Macam Kena Scam!

- Advertisement -

BAYANGKAN perasaan korang bila nak bayar tiket parking tengok-tengok harganya melebih RM1,000!

“Ingat siakap je mahal, parking pun sama,” komen salah warga maya.

Pemilik hantaran tersebut yang hanya dikenali sebagai Aira Azmi, 25 bagaimanapun mendakwa kad tersebut sebenarnya tiket parking lama yang masih dalam simpanannya.

- Advertisement -

Menurut Aira, tiket parking di Aeon Bukit Indah, Johor tersebut sudah lebih dua bulan berada dalam simpanannya.

@airaazmi20 Reply to @nurulshafiqarosnin ♬ original sound – A I R A

“Akak dah lama tak pergi Aeon. Masa hari kejadian tu waktu nak bayar parking akak terjumpa tiket lama yang masih terselit dalam kereta.

- Advertisement -

“Masa tu acah-acah la masukkan kad lama tu pada mesin pembayaran, tak sangka tetap keluar harga,” katanya.

Menurut Aira, dia berkunjung ke pasar raya tersebut bersama rakannya untuk ‘cuci mata’ sambil meluangkan masa bersama-sama untuk makan di sana.

Saya cakap kena “scam” sebab kita dah penat bayar tiket, tiba-tiba nak keluar palang memang terbuka.

AIRA AZMI

Menjawab persoalan bagaimana dia boleh membawa keluar keretanya sebelum ini, kata Aira sebenarnya dia telah menjelaskan bayaran tiket parkir tersebut iaitu sebanyak RM2 tetapi dia tidak menggunakannya kad tersebut semasa keluar memandangkan palang di tempat letak kereta tersebut tidak berfungsi.

- Advertisement -

“Saya boleh keluar je masa tu sebab palang besi tu memang sentiasa terbuka.

“Sebab tu saya cakap kena “scam” sebab kita dah penat bayar tiket, tiba-tiba nak keluar palang memang terbuka,” katanya yang menetap di Perling, Johor Bahru.

Menurut Aira lagi, dia sengaja membuat keputusan untuk menyimpan kad parking tersebut sebagai kenang-kenangan.

“Mula-mula nak buang tiket tu tapi cari tong sampah tak jumpa, jadi saya simpan je sebagai kenangan,” katanya.

Setakat ini, video harga kad parking yang dikongsikannya semula di aplikasi TikTok itu mendapat lebih setengah juta tontonan.

Komen Netizen

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL