spot_img

Pihak Berkuasa Mencari Geng Motosikal Kuasa Tinggi Kerana Lagak Seperti Polis Trafik

- Advertisement -

PIHAK polis sedang mengesan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Dalam rakaman yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Epul Adam Helmet Bajet, walaupun lampu sedang merah, marshal berkenaan mengarahkan trafik untuk berjalan demi memberi ruang kepada konvoinya melepasi lampu isyarat tersebut. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

“Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kenyataan dari Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

- Advertisement -

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

Pihak PDRM menasihati kepada kumpulan konvoi yang bergerak supaya tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal dan melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran mana-mana Pegawai polis yang membahayakan kepada diri sendiri pengguna dan menyekat kebebasan bergerak di jalan awam.

- Advertisement -

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya anda berkonvoi, berkonvoilah secara berhemah.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL