spot_img

Sebuah Syarikat Sanggup Bayar RM9950 Kepada Mereka Yang Mampu Hidup 24 Jam Tanpa Gadget

- Advertisement -

SEJAK sedekad ini terakhir ini, tidak dinafikan penggunaan telefon pintar sangat mempengaruhi hidup seseorang. Penggunaan telefon pintar untuk menguruskan kerja seharian atau melayari media sosial juga nampaknya sudah mulai menjadi kebiasaan buat orang ramai tidak mengira tempat dan masa.

Melihat kepada jumlah yang tinggi ‘ketagihan’ orang ramai terhadap gadget, sebuah syarikat perbandingan produk iaitu Reviews.org sedia menawarkan $2,400 (~RM9,950) buat mereka yang mampu menjalankan tugas yang kini dianggap agak mustahil iaitu bebas daripada sebarang gadget dalam tempoh 24 jam.

- Advertisement -

Dinamakan sebagai digital detox challenge, seseorang yang mengikuti cabaran ini tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang gadget terdiri daripada telefon pintar, TV, permainan video komputer dan juga jam pintar.

Walau bagaimanapun, syarikat ini sedia menawarkan hiburan bukan gadget buat mereka para peserta terdiri daripada permainan papan atau set untuk melukis dengan harga $200 (~RM829.10) sepanjang mengisi masa lapang dalam tempoh 24 jam.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama syarikat di Australia ini menjalankan cabaran unik. Pada tahun 2019, syarikat ini pernah menggajikan lima individu untuk menonton 30 filem yang terkandung di Disney+ sepanjang 30 hari. Sekiranya anda ditawarkan dengan tawaran yang hampir sama. Sanggupkah anda mengikuti cabaran ini dalam meraih ganjaran yang besar ini?

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL