spot_img

Inginkan Qatar Lebih “Hijau”, 3600 Pokok Dari Malaysia Dihantar Ke Sana

- Advertisement -

QATAR – 3,600 pokok gergasi dari Malaysia telah dihantar ke Qatar sebagai sebahagian usaha berterusan syarikat Elegancia Group untuk mempromosikan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau untuk Qatar dan Bumi, lapor Gulf News.

Projek yang kompleks dan mencabar logistik itu memerlukan penggunaan kapal khas untuk mengangkut pokok-pokok dalam pelayaran yang mengambil masa selama dua minggu. Difahamkan bahawa pokok tersebut mempunyai ketinggian sekitar 18m dengan bahagian akarnya dibungkus bersama-sama dengan tanah.

- Advertisement -

Projek ini melibatkan perancangan dan penyelarasan selama beberapa bulan. Pokok yang datang dalam pelbagai saiz ini memerlukan penyediaan yang rapi sebelum dialihkan bagi mengelak sebarang kerosakan pada akar. Prosedur ini boleh mengambil masa selama 3-4 bulan bagi menggalakkan pokok membina sistem akar baru.

Setelah pokok ini bersedia untuk perjalanan jarak jauh, kapal akan menjalani proses pembersihan dan struktur dipasang untuk menyokong semasa pelayaran. Elegancia juga mengupah syarikat lain bagi projek ini yang ditugaskan untuk menjaga pokok di dalam kapal dan memastikan pengairan mereka sepanjang pelayaran sehingga pemunggahan di Doha.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL