spot_img

Pemandu Wanita Dirakam Bergesel Dengan Honda Civic Kerana Gagal Keluar Parkir

- Advertisement -

SETIAP bangunan menyediakan kawasan parkir bertutup serta bertingkat bagi memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan di dalam bangunan tersebut. Namun, ada kalanya ada pemandu yang mempunyai kesukaran apabila cuba meletakkan kenderaan seperti kawasan itu.

Baru-baru ini ketika seorang lelaki dalam perjalanan mencari tempat kereta dari parkir aras bawah menaiki aras atas, dashcam keretanya telah merakam pemandu dan penumpang sebuah Proton Saga sedang melihat pada bahagian hadapan kereta tersebut. Video diakhir artikel ini.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA

Apabila menyedari lelaki tersebut sedang berhenti menunggu mereka keluar dari tempat letak kereta, pemandu serta penumpang Proton Saga itu segera masuk ke dalam kereta untuk meninggalkan kotak parkir tersebut.

- Advertisement -

Namun ketika pemandu wanita itu memulas stereng untuk keluar mengundur keluar, dashcam lelaki tersebut telah merakam bahagian hadapan Proton Saga itu sudah tercabut sedikit setelah bergesel dengan Honda Civic yang diletakkan pada bahagian kotak parkir sebelah kanannya.

Setelah lelaki tersebut melihat pemandu wanita itu menghadapi kesukaran untuk keluar parkir, dia mengambil keputusan untuk ‘membantu’ pemandu tersebut dengan memberikan arahan seperti seorang jurulatih pemandu.

Rakaman video itu telah menarik perhatian ramai yang memberikan pelbagai komen terhadap insiden yang berlaku tersebut. Rata-rata ramai mempertikaikan adakah pemandu wanita itu mempunyai lesen kerana kelihatan wanita tersebut ‘sangat sukar’ untuk keluar dari parkir itu sehingga tersalah arah pulas stereng, handbrake tidak diletakkan semasa cuba mengundur.

- Advertisement -

Ada juga yang mendakwa, pemandu Proton Saga yang sebenar telah bertukar dengan penumpang lain setelah dia bergesel dengan Honda Civic tersebut. Jadi, rakannya pula cuba ‘membantu’ mengeluarkan kereta tersebut. Namun, sebaliknya pula yang berlaku.

Tambah orang ramai lagi, jika masuk ke kawasan tempat letak kereta tertutup serta bertingkat, disarankan agar kita semua meletakkan kenderaan secara reverse parking. Di mana bahagian belakang kereta masuk ke dalam kotak parkir dahulu, manakala bahagian hadapan kereta pula menghadap ke jalan.

Ini kerana walaupun agak sedikit ‘menyukarkan’ untuk masuk parkir secara reverse parking, namun ia sangat memudahkan serta mempercepatkan kita semua untuk keluar daripada tempat letak kereta tersebut.

- Advertisement -

Semoga pemandu Proton Saga serta pemilik Honda Civic dapat menyelesaikan perkara ini sebaik-baiknya untuk membaiki kerosakkan yang dialami oleh kedua-dua pihak.

Kepada yang berminat untuk dapatkan Dashcam rakaman depan dan belakang boleh dapatkan di Shopee.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL