Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Peniaga Ikan Siakap "Kayangan" Bakal Didakwa Selepas Gagal Kemukakan Dokumen
spot_img

Peniaga Ikan Siakap “Kayangan” Bakal Didakwa Selepas Gagal Kemukakan Dokumen

- Advertisement -

SEBELUM ini, perkongsian seorang pelanggan di sebuah restoran di Langkawi yang terkejut harga ikan siakap dipesannya berharga RM1,196.80 telah menjadi buah mulut netizen.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, peniaga restoran terapung terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh yang ditetapkan.

Oleh itu, peniaga restoran itu bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Difahamkan, tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan sehingga 17 November 2021 bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan tetapi pihak peniaga gagal kemukakan dokumen tersebut.

- Advertisement -

KPDNHEP telah membuka kertas siasatan dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.”

- Advertisement -

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.”

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di program lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu (MMT) di Kampung Peradong, Manir di sini.

Rosol berkata, tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

- Advertisement -

“Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.”

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.”

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang isu berbangkit.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram (kg) di sebuah restoran baru-baru ini.

Kisah ikan siakap ‘kayangan’ itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis siasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL