spot_img

Teh Disangka Dadah, Polis Australia Tersilap Penjarakan Rakyat Malaysia 4 Bulan

- Advertisement -

SEORANG wanita rakyat Malaysia dan anak perempuannya dipenjara empat bulan di Australia gara-gara kerana 25kg teh halia gula perang yang diimport mereka telah disangka sebagai dadah oleh polis Australia.

Menurut laporan, dua wanita itu kini dalam proses menyaman pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan, membawa masuk teh itu, yang biasanya digunakan bagi meredakan sakit ketika haid di Malaysia, untuk dijual dengan harga lebih tinggi di Sydney.

- Advertisement -

Jika semuanya berjalan lancar, mereka mampu memperoleh keuntungan kecil sebanyak AUD90 (RM270).

Malangnya sebaliknya berlaku apabila rumah mereka di barat daya Sydney diserbu oleh polis bersenjata pada Januari.

Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh terbabit di lapangan terbang antarabangsa Sydney oleh pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang silap mengenal pasti kandungannya sebagai amfetamin.

Connie Chong (kiri) dan Melanie Lim (kanan) ketika mengiklankan teh itu di media sosial.
- Advertisement -

Kedua-dua wanita itu dipenjarakan tanpa jaminan, walaupun pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai masalah melibatkan ujian bagi mengenal pasti bahan berkenaan selama beberapa minggu dan bulan berikutnya

Tuduhan terhadap dua beranak itu hanya ditarik balik pada 10 Ogos apabila polis New South Wales menerima analisis forensik mereka sendiri.

Mahkamah Sydney mendengar bahawa ABF telah menggunakan ujian presumptif “hazmat” untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai “Phenmetrazine”, bahan perangsang terlarang yang lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi.

- Advertisement -

Bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan “Phenmetrazine”. Malah ini tidak terhad kepada “Phenmetrazine” sebaliknya turut merangkumi gula, sukrosa dan gula tepung.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.

Connie Chong dan Melanie Lim tidak dibenarkan ikat jamin sehingga Mei dan telah memfailkan saman menuntut kos, yang enggan dibayar oleh Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.

Conaghan bagaimanapun gagal menyampaikan maklumat itu kepada pasukan pembelaan tertuduh, mahkamah diberitahu.

Ketika memeriksa balas Conaghan, peguam Connie Chong, Steve Boland menyoal kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada tertuduh lebih awal. Saksi itu menjawab ia kerana dadah berkenaan masih menunggu untuk diuji sepenuhnya.

“Jadi bagaimana? Mereka perlu meringkuk dalam penjara?” tanya Boland. Conaghan bagaimanapun hanya berdiam diri, lapor The Sydney Morning Herald.

Kes itu kini telah ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

Teh yang disangkakan dadah oleh pihak berkuasa Australia.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL