spot_img

TMJ Jawab Persoalan Selepas Dikatakan Projek Forest City Johor Gagal

- Advertisement -

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata dakwaan projek Forest City di Iskandar Puteri sebagai projek mega yang gagal adalah tidak benar dan fitnah disebarkan oleh pihak tertentu.

Berkongsi mengenai pembangunan projek melalui laman Facebooknya, Putera Mahkota berkata Forest City adalah projek yang sedang dibangunkan secara berterusan dan mampan.

- Advertisement -

Tunku Ismail berkata projek itu menyumbang pendapatan RM630 juta kepada kerajaan Negeri dalam bentuk antara lain cukai dan dividen, selain mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menganugerahkan kontrak bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat pembinaan tempatan.

Menurut Tunku Ismail, Forest City turut menerima Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA) (diadakan dalam talian) pada akhir bulan lalu.

“Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian di persada dunia dengan kemajuan teknologinya,” katanya.

- Advertisement -

Minggu lalu, media portal tempatan melaporkan Forest City yang terletak di Johor Bahru telah memasuki senarai Most Useless Megaprojects in the World oleh saluran YouTube Top Luxury. Saluran yang mempunyai lebih 200,000 pengikut itu telah menyenaraikan lima megaprojek yang tidak memberi keuntungan dan paling tidak berguna di dunia.

Selain Forest City, projek Interstate H-3 di USA Hawaii, projek Ciudad Real Central Airport di Spain, projek Naypyidaw di Myanmar dan Yucca Mountain Nuclear Waste Repository turut memasuki senarai megaprojek yang tidak berguna.

Artikel Berkaitan: Top Luxury Senaraikan Forest City Johor Antara 5 Megaprojek Paling “Tidak Berguna” Di Dunia?

Video yang tular (Forest City pada senarai no 2)

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL