spot_img

Dua Marshal Motosikal Kuasa Tinggi Ditahan Polis

- Advertisement -

PORT DICKSON – Polis menahan dua lelaki yang menjadi pengiring atau marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

Menurutnya, kedua lelaki itu ditahan pada 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill, Lukut.

- Advertisement -

“Turut dirampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam.”

“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, polis dalam usaha mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai marshal.

- Advertisement -

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.”

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya.

Polis mengesan individu terbabit selepas rakaman video berdurasi satu minit 10 saat tular di laman sosial yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong pada 20 November lalu.

- Advertisement -

Mereka bertindak demikian dipercayai bertujuan memberi laluan kepada konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak melepasi lampu isyarat merah.

Konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala, Telok Kemang.

Artikel Berkaitan: Pihak Berkuasa Mencari Geng Motosikal Kuasa Tinggi Kerana Lagak Seperti Polis Trafik

Rakaman yang tular sebelum ini

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL