spot_img

Wanita Bayar Tol Dan Barangan Farmasi Guna “Jam Tangan TnG” Raih Perhatian Tiktokers

- Advertisement -

KECANGGIHAN fungsi SmartTAG serta RFID pada hari ini menyebabkan agak ramai yang memilih kedua-dua laluan tersebut semasa mahu membuat pembayaran di mana-mana plaza tol yang menawarkan kemudahan tersebut.

Namun siapa sangka seorang wanita yang memuat naik video TikTok di mana dia hanya menggunakan jam tangan untuk membuat pembayaran Touch ‘n Go di plaza tol telah meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.

Rakaman Jam Rare TNG yang tular

- Advertisement -

Rata-rata ramai yang terkejut melihat video tersebut, lebih-lebih lagi penonton dari ‘generasi TikTok’ sehinggakan mereka mendakwa wanita itu hanya mengada-adakan video tersebut semata-mata untuk konten sahaja.

Namun dengan tenang wanita itu dan beberapa lagi pengguna TikTok lain yang sempat ‘membesar’ semasa pelancaran jam tangan tersebut pada beberapa tahun lalu berkongsi sejarah serta cara penggunaan jam tangan yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go tersebut.

- Advertisement -

Wanita itu juga turut berkongsi satu video yang lain bagaimana cara untuk menambah nilai baki Touch ‘n Go pada jam tangan tersebut. Pada masa sama, dia telah pergi ke sebuah farmasi untuk membuktikan bahawa jam tangan itu juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran barangan di farmasi yang menerima pembayaran Touch ‘n Go.

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @FATINREHANNA

Rakaman bagaimana reload jam tng

@fatinrehannaReply to @driftereone dah boleh percaya ke skrg ni ? Hehe senang utk org yg selalu naik public transport jugak ✌🏻

♬ original sound – fatinrehanna

Untuk makluman semua pada sekitar tahun 2016 yang lalu, Touch ‘n Go pernah mengeluarkan model jam tangan yang dikenali sebagai ‘Time Traveller Watch’ yang mampu menggantikan kad Touch ‘n Go.

- Advertisement -

Tujuan utama jam tersebut dikeluarkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran di mana-mana premis perniagaan yang menggunakan Touch ‘n Go serta rakan niaga Touch ‘n Go lain seperti kedai runcit, pengangkutan awam, tempat letak kereta dan pembayaran tol. Butiran Touch ‘n Go tersimpan pada kad sim yang hadir dengan jam tangan tersebut.

Namun oleh kerana sambutan yang kurang mengalakkan, pihak Touch ‘n Go telah menghentikan pengeluaran jam tangan tersebut dan ia boleh dikatakan antara salah satu barangan yang rare untuk dilihat pada hari ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL