Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Gara Gara Belum Vaksin Cikgu Di Asingkan Di Bilik Stor
spot_img

Gara Gara Belum Vaksin Cikgu Di Asingkan Di Bilik Stor

- Advertisement -

VIDEO seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

Video berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini. Video diakhir artikel ini.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin.

- Advertisement -

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

- Advertisement -

“Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.”

“Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas langkah diambil pihak sekolah itu adalah bagi melindungi pelajar dan guru yang sudah divaksin.

- Advertisement -

Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntikan vaksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari semalam.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL