spot_img

Susulan Kes Nyaris Digilis Treler Merah, Polis Sahkan Pemandu Seorang Wanita

- Advertisement -

PAGI ini tular sebuah video yang agak mengerikan apabila sebuah lori hampir menggilis seorang penunggang motosikal. Namun kuasa tuhan menyelamatkan mangsa hampir daripada maut.

Sebut sahaja lori, treler, haulier mahupun prime mover, semua orang sedia maklum ini adalah jentera terbesar yang berada di atas jalan raya.

Menerusi sebuah posting di Facebook oleh saudara Norza Man, dilihat sebuah treler yang berada di stesen petrol bergerak menuju keluar dari stesen terbabit setelah selesai mengisi bahan bakar.

- Advertisement -

Di hadapan treler berkenaan sangat jelas kelihatan seorang penunggang motosikal yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

- Advertisement -

 

Walau bagaimanapun, penunggang terbabit terselamat daripada nahas. Alhamdulillah, kejadian tersebut dipercayai di sebuah stesen petrol BHB bersebelahan taipanco.

Artikel Berkaitan: Lelaki Nyaris Digilis Lori Treler Semasa Isi Angin Tayar Motor

Treler merah: Polis sahkan pemandu seorang wanita, mangsa alami luka

- Advertisement -

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 8.30 pagi tadi.

“Ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu seorang wanita berumur 35 tahun membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.”

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang berusia 29 tahun telah terjatuh dan hampir digilis lori berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kes masih disiasat bagi punca sebenar kejadian di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Malah difahamkan, mangsa yang dilihat terkejut menerusi rakaman CCTV mengalami luka pada tangan dan sakit bahagian kaki serta badan.

Sementara itu, tular satu tangkap layar daripada akaun TikTok di laman Facebook memaparkan seorang wanita ‘berposing’ di hadapan sebuah treler yang dilihat hampir sama dengan lori kontena tersebut.

Rata-rata netizen mendakwa wanita tersebut adalah pemandu lori kontena terbabit sekali gus memberikan kecaman kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan yang nyaris meragut nyawa mangsa.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL