spot_img

Akaun Bank Suami Dan Bekas Suami Kini Boleh Disekat Jika Culas Bayar Nafkah

- Advertisement -

SUAMI atau bekas suami yang culas memberi nafkah berdepan tindakan sekatan akaun bank selepas pindaan terhadap Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari lalu.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam satu kenyataan baru-baru ini, berkata pindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada Penghutang Penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada Pemiutang Penghakiman.

Kenyataan itu menyebut, selain itu, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

Katanya, berikutan pindaan itu, perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

Sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membantu ibu dan anak-anak yang dinafikan hak mereka

“JKSM melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah dan mut’ah, sentiasa mencari kaedah terbaik dalam membantu ibu dan anak-anak yang dinafikan hak mereka.”

“Antara usaha atau mekanisme yang cuba diterokai sejak 2019 adalah melalui sekatan akaun bank ke atas bekas suami yang culas memberikan nafkah,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

JKSM berkata, melalui kunjungan hormat BSK ke Jabatan Undang-Undang, Bank Negara Malaysia (BNM) pada 14 Mac 2019 pihak itu membincangkan dengan lebih lanjut berhubung cadangan sekatan bank terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah.

Katanya, berdasarkan perbincangan itu, pihak BNM menjelaskan bahawa peruntukan sedia ada dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) adalah berhubung dengan pendedahan maklumat akaun pelanggan bagi mematuhi perintah mahkamah yang tidak rendah dari Mahkamah Sesyen dan bagi mematuhi perintah mahkamah garnishee yang menahan wang dalam akaun pelanggan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 134 (1)(1) Akta 758 yang dibaca bersama Jadual 11 Akta 758.

Satu perbincangan bersama Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, BSK dan BNM kemudian diadakan pada 11 Jun 2019 bagi membincangkan pelaksanaan itu.

Tindakan sekatan terhadap akaun itu dilaksanakan sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

“Satu permohonan bagi mendapatkan pandangan undang-undang diangkat pada 5 Ogos 2019 bagi dua isu utama iaitu prosiding hiwalah terhadap pihak bank bagi menguatkuasakan perintah nafkah dan mut’ah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah; dan penzahiran maklumat akaun bank penghutang penghakiman bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah dan mut’ah mahkamah Syariah.”

“Kaedah penzahiran maklumat dan mendapatkan wang penghutang penghakiman yang disimpan oleh pihak ketiga termasuk institusi kewangan adalah sebahagian daripada prosiding hiwalah yang diperuntukkan bawah akta atau enakmen tatacara mal mahkamah Syariah seluruh Malaysia.”

“Sebagai contoh peruntukan bawah Akta 585 Seksyen 148(1)(a) dibaca bersama Seksyen 155, seksyen 159(1)(b) dan seksyen 161(2) (b). Semasa pendengaran prosiding hiwalah, atas permohonan pemiutang mahkamah boleh mengeluarkan perintah penahanan sejumlah wang yang terhutang kepada pihak institusi kewangan daripada sebarang transaksi pengeluaran,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL