Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kerana Kerap Halang Laluan Lori, Proton Saga "Di Alih" Guna Forklift
spot_img

Kerana Kerap Halang Laluan Lori, Proton Saga “Di Alih” Guna Forklift

- Advertisement -

UMUM semua orang mengetahui sekiranya kita ‘terpaksa’ meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya, kita akan meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi bagi memudahkan orang ramai menggunakan laluan jalan.

Namun bagaimana pula cara mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan apabila pemiliknya tidak meninggalkan apa-apa butiran untuk dihubungi? Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana orang ramai di kawasan kilang telah mengalihkan sebuah Proton Saga menggunakan forklift. Video diakhir artikel ini.

Menurut pemilik asal video tersebut, dia yang sedang memandu lori treler sepanjang 40 kaki penuh muatan besi tidak dapat masuk ke kawasan kilang apabila ada sebuah Proton Saga menghalang laluannya.

- Advertisement -

Lalu dia hubungi pemilik kilang memaklumkan perkara yang berlaku dan pemilik kilang telah meminta pekerja-pekerjanya membawa dua buah forklift untuk mengubah kereta Proton Saga tersebut.

“Ya operasi sudah berjalan. Dia angkat kereta itu terus. Hebatlah abang,” puji pemandu lori treler kepada pemandu forklift mengangkat kereta yang menghalang laluan dengan penuh berhati-hati.

Ada pengguna Facebook menyatakan kejadian seperti itu sudah banyak kali berlaku walaupun peringatan sudah diberikan berkali-kali. Namun masih ada pemilik kenderaan masih berdegil tetap mahu meletakkan kenderaan sehingga mengganggu laluan di kawasan tersebut.

- Advertisement -

Tambah orang ramai lagi, cara tersebut lebih ‘lembut’ berbanding di tempat lain kerana selalunya kenderaan yang menghalang laluan akan ditinggalkan dengan kesan sagat dan kemik setelah bergesel dengan kenderaan bersaiz lebih besar yang terpaksa menggunakan laluan tersebut.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KITA PILOT TIADA BEZA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KITA PILOT TIADA BEZA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KITA PILOT TIADA BEZA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KITA PILOT TIADA BEZA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KITA PILOT TIADA BEZA

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL