spot_img

Lelaki Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Mati Selepas Seludup Siri Squid Game

- Advertisement -

PADA pertengahan Oktober lalu, ‘Squid Game’ berjaya meraih ‘durian runtuh’ apabila sembilan episod yang ditayangkan pada platform Netflix telah berjaya meraih kutipan sehingga $891 juta (~RM3.7 bilion) hasil sambutan luar biasa dari penonton seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, Korea Utara tetap menjadi negara yang langsung tidak akan menerima sebarang jenis hiburan dari negara luar. Lebih-lebih lagi dari negara ‘seteru abadi’ mereka, Korea Selatan.

Baru-baru ini, portal Radio Free Asia (RFA) melaporkan Korea Utara telah menjatuhkan hukuman mati kepada seorang lelaki yang menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa menangkap tujuh pelajar sekolah menengah menonton rancangan popular global berbahasa Korea itu.

- Advertisement -

Penyeludup itu dikatakan membawa salinan siri Netflix tersebut ke Korea Utara selepas pulang dari China dan menjual USB yang mengandungi siri ‘Squid Game’ itu. Menurut sumber RFA, hukuman mati yang dikenakan terhadap lelaki tersebut akan dilaksanakan oleh skuad tembak.

Tambah sumber RFA lagi, seorang pelajar yang membeli USB tersebut menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala enam pelajar lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah telah dipecat serta dibuang kerja untuk bekerja di lombong terpencil.

- Advertisement -

Penahanan tujuh pelajar itu menandakan kali pertama kerajaan menggunakan undang-undang yang baru diluluskan mengenai ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan’ (Elimination of Reactionary Thought and Culture) dalam kes yang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Undang-undang itu yang diisytiharkan tahun lepas membawa hukuman mati maksimum atas kesalahan menonton, menyimpan atau mengedar sebarang jenis media dari negara kapitalis, khususnya Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL