spot_img

Owner Resit Tampil Mohon Maaf Isu Viral Sotong “Apollo” RM100

- Advertisement -

TULAR baru-baru ini mengenai harga dua ekor sotong yang dibeli oleh seorang pelanggan sehingga mencecah RM100.

Ianya bermula apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati kerana dikenakan caj RM106.60 selepas dia memakan dua ekor sotong di salah sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.

Perkara itu menjadi tular selepas pelanggan itu memuat naik statusnya mengenai harga itu di laman Facebooknya.

- Advertisement -

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasi kandar dekat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” tulisnya.

Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian ramai dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Restoran Hameediyah tampil berikan penjelasan sebenar

- Advertisement -

Sejurus viralnya berita itu, restoran itu tampil untuk memberikan penjelasan sebenar demi mempertahankan nama mereka.

Menerusi sumber, Pengarah Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, beliau terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung harga dua ekor sotong yang tular itu.

“Harga sotong goreng itu tular selepas satu pasangan membeli dua set nasi berlaukkan sotong di restoran kami semalam dan kemudian seorang daripada mereka (pasangan itu) berkongsi di laman sosialnya sehingga mendapat perhatian ramai, sotong yang kami gunakan untuk hidangan sotong goreng apollo itu bukan murah”

- Advertisement -

“Sebenarnya harga kesemua makanan yang dijual di restoran kami disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150 seekor berdasarkan saiznya,” katanya.

Pemilik resit sotong goreng RM100 mohon maaf kepada Hameediyah

Difahamkan, pelanggan yang memuat naik resit harga dua ekor sotong di media sosial itu tampil membuat permohonan maaf kepada pemilik restoran berkenaan.

Menurut sumber, Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, mendakwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Beliau memberitahu pelanggan wanita itu mengakui memuat naik resit di media sosial, tetapi bukan bertujuan mempertikaiikan harga sotong tersebut. Ianya kerana dia mengakui tahu akan harga hidangan berkenaan.

Malah, dakwanya lagi tindakan wanita itu memuat naik resit tersebut telah disalah faham yang menyebabkan gambar itu disunting oleh pihak lain seolah-olah memberitahu harga hidangan itu terlalu mahal.

Namun, katanya, perkara tersebut sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang buruk terhadap restoran mereka. Setakat ini pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis mengenai isu itu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL