spot_img

“Akui Diuji Tuhan” Respon El Azman Selepas Didakwa Buang Nama Isteri Daripada Syarikat

- Advertisement -

SEBELUM ini tular kemelut yang berlaku antara pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman apabila Nur Amirah mendakwa suaminya iaitu El Azman telah membuang namanya daripada syarikat walaupun dirinya merupakan pengasas bersama jenama pakaian Elrah Exclusive.

Hal tersebut telah mendapat perhatian netizen dan El Azman telah memberikan respon berhubung isu itu di Instagram miliknya. Menurutnya, setiap ujian yang diturunkan adalah bukti kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya.

- Advertisement -

Malah, El Azman juga percaya disebalik kesabaran menghadapi dugaan akan membuatkan individu itu makin dekat Maha Pencipta. Tambahnya, walaupun dicaci, dihina atau difitnah tetapi tetap bersabar dan redha maka semuanya akan kembali baik semula.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan mustahil untuk mendapatkan masa, kebahagiaan dan harta sekali gus. Malah, dirinya berharap dapat mengecapi semua itu dalam kehidupannya.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Usahawan Ini Kecewa Dikhianati Suami Sendiri Dan Dibuang Dari Syarikat

Reaksi beberapa wargamaya

“Aku lelaki, suami dan jugak partner bisnes wife aku. Serius aku tak faham macamana ko boleh ade hati nak aniaya isteri sendiri, yang lalu susah senang, yang layan ko siang malam, yang beranakkan anak ko, selamba je ko tinggal.”

“Entahlah, mungkin aku sendiri tak pernah diuji dengan ujian kesetiaan. Bila aku dah sah nikah dengan dia, aku janji dengan diri aku sendiri nak utamakan dia lebih dari diri aku. Sampai sekarang janji tu aku ingat. Insyaallah selagi ada hayat aku pegang janji tu.”

- Advertisement -

“Biarlah aku tak kaya. Asalkan hati aku tenang ade pasangan yang sudi dengan aku yang tak seberapa ni. Aku sebelum kahwin duit pun takde. Sekarang dah cukup serba serbi. Kalau tak kerana rezeki wife dan anak2, takkan aku merasa semua ni” – Kay Sidek.

“3 tahun lepas, bangga beli baju raya brand dia ni. Ok sekarang tak payah support dah. Biar mereput je baju tu dalam almari. Kita pakai pagoda poket kat dada je raya nanti. (kalau ada raya tahun depan laa)” – Vox Lord

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL