spot_img

Daripada RM1800 Ke RM2500, Ini Kategori Yang “Confirm” Dapat Dan Perlu Kemas Kini Mulai 1 Januari

- Advertisement -

SEJAK pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan lalu, mesti ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya mengenai inti pati dalam pembentangan tersebut, terutama mengenai bantuan baharu yang diperkenalkan. Adakah ia berbeza daripada bantuan-bantuan yang terdahulu?

Jangan keliru kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini hampir sama dengan bantuan terdahulu, namun ia telah ditambah baik dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi. Menerapkan semangat ‘Keluarga Malaysia’, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan bantuan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.

- Advertisement -

Bagi yang masih tertanya-tanya, mari luangkan masa sebentar untuk baca dan faham mengenai BKM ini, terutamanya mengenai jumlah bayaran dan cara semak status pembayaran.

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Untuk pengetahuan anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberikan lebih tumpuan. Menariknya, pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.

Kategori dan jumlah bayaran BKM

Menerusi BKM, isi rumah termasuk ibu tunggal dan warga emas yang terkesan turut mendapat manfaat. Jumlah pemberian BKM ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.

Kategori : Isi rumah

- Advertisement -

1. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500

Tiada anak: akan menerima RM1,000

-Ada satu hingga dua orang anak: akan mendapat RM1,500

- Advertisement -

-Ada tiga anak atau lebih: akan mendapat sebanyak RM2,000

2. Pendapatan isi rumah atas RM2,500

Tiada anak: akan mendapat RM400

-Ada satu hingga dua anak: akan mendapat RM600

-Ada tiga atau lebih anak: akan mendapat RM800

3. Ibu bapa tunggal yang ada anak tanggungan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000

-Akan mendapat RM500

4. Warga emas yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah

Isi rumah: akan mendapat RM300

-Bujang/ tiada pasangan: akan mendapat RM600

Kategori: Bujang

Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah

-Akan mendapat RM350

Perlu ke buat permohonan baharu?

Tidak perlu bersusah payah membuat permohonan baharu kerana data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.

Namun, permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat jika anda tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM.

Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula perlu melakukan kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan). Bagaimanapun, tarikh itu tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan kelak.

Tarikh pembayaran

Setakat ini, tarikh pembayaran BKM tidak dimaklumkan lagi, bayaran akan dilakukan 4 kali setahun. Anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang akan dilancarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Kaedah bayaran BKM

Sama seperti kaedah pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, penerima akan menerima wang menerusi dua cara iaitu:

Ada akaun bank

Berjaya kredit-

-Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM.

-Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit (Akaun tidak aktif dan akaun tutup)-

-Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN.

-Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemas kini BKM.

Tiada akaun bank-

-Perlu lakukan tuntutan tunai di Cawangan BSN.

-Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemas kini BKM.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info-info terkini mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL