spot_img

Respon Yusry A. Halim Isu Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Dengan 1 Juta Pengikut

- Advertisement -

BUKANLAH isu baru tetapi isu ini kembali hangat diperkatakan. Sebelum ini, tular syarikat penyiaran ternama Malaysia menetapkan syarat perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial.

Terbaharu, pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin telah kongsikan kekecewaannya di Twitter miliknya berhubung kriteria ditetapkan oleh syarikat penyiaran yang mengatakan perlu memiliki 1 juta pengikut di media sosial baru boleh menerima kerja.

- Advertisement -

Menurut Iedil, dirinya sudah berada dalam industri seni selama lebih 20 tahun tetapi kriteria yang dicari cukup mengecewakan kerana bukannya memandang kepada bakat tetapi populariti.

Isu tersebut turut mendapat perhatian penggiat seni seperti Sharifah Amani, Nam Ron, Nabila Huda dan banyak lagi. Mereka juga tidak setuju apabila menetapkan kriteria sedemikian rupa dan mengatakan ada penerbit tidak sudi ‘pitch story’ di syarikat tersebut disebabkan isu itu.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, Yusry Abdul Halim yang merupakan pelakon, penerbit dan penyanyi juga menzahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu itu. Menurutnya, ada ‘talent’ yang tidak boleh menjiwai watak walaupun sudah 3 hari pengambaran tetapi pihak penyiar masih mahukan pelakon tersebut walaupun sudah dicadang untuk tukar pelakon.

Tambahnya, dirinya sebagai pengarah yang ditukar bukannya pelakon tersebut. Malah, situasi drama TV tempatan tidak berkualiti adalah angkara penyiar itu sendiri. Para penggiat seni juga tertanya-tanya kriteria tersebut sebenarnya menguntungkan siapa.

- Advertisement -

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati dan mahukan karya berkualiti bukannya mengukur sesuatu karya dengan tahap populariti selebriti.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL