spot_img

Tular Rakaman Sebelum Lelaki Maut Dicekik Dalam Pergaduhan

- Advertisement -

IPOH – Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini, pagi semalam.

Pagi ini tular rakaman kejadian pergaduhan yang berlaku. Video diakhir artikel ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, meninggal dunia di tempat kejadian selepas lehernya dicekik.

- Advertisement -

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata susulan kejadian itu polis menahan lelaki berusia 34, 47 dan 60 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana mangsa mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka.”

“Ketika kejadian, suspek menemui mangsa bersama pembesar suara itu, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka dan mengakibatkan mangsa terbunuh dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini, pagi semalam.

- Advertisement -

Mior Faridalathrash berkata, seorang daripada tiga suspek yang juga pemilik gerai di kawasan berkenaan datang kemudian dalam pergaduhan itu.

“Suspek itu datang membantu rakannya dalam pergaduhan terbabit, sebelum leher mangsa dicekik dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga percaya mangsa mempunyai masalah mental.

- Advertisement -

“Polis turut merampas sebilah pisau lipat milik mangsa di lokasi kejadian. Ketiga-tiga suspek yang ditahan direman selama seminggu bagi membantu siasatan,” katanya.

Seorang lelaki maut disyaki dicekik dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah warung pasar pagi di Flat Ashby Road di sini, pagi semalam.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL