spot_img

Lelaki Dalam Video Viral Rampas Beg Tangan Ketika Kemalangan Ditahan

- Advertisement -

POLIS menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai merampas beg tangan dari kenderaan wanita yang terlanggar keretanya di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Siasatan pihak polis mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu berlaku di lebuh raya dari arah Klang menuju Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta BMW dipandu seorang wanita dikatakan terlanggar bahagian belakang kereta lelaki tersebut sebelum dia melanggar pula sebuah Honda HRV di hadapannya.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” kata Baharudin dalam kenyataan malam tadi kepada pihak media.

Insiden jam 1.33 tengah hari semalam tular di media sosial di mana video tersebut memaparkan lelaki berusia 56 tahun berkenaan meminta wanita tersebut supaya menyerahkan kad pengenalan.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Lelaki Rampas Beg Tangan Wanita Kerana Bengang Kereta Dilanggar

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, lelaki berkenaan kemudiannya merampas beg tangan dan memasuki keretanya dipercayai untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut. Dia kemudiannya turut mengarahkan wanita terbabit mengikutnya membuat laporan polis.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan diminta menghubungi Pen. Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sjn Hafizi bin Hashim ditalian 013-9557042 bagi membantu siasatan.

Rakaman yang tular sebelum ini

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL