spot_img

Tular Rakaman Rider Foodpanda Hampir Terjunam Ke Dalam Lubang “Thor”

- Advertisement -

TULAR beberapa posting di media sosial memaparkan sebuah laluan di Jalan Teluk Likas, Kota Kinabalu berlaku mendapan tanah sehingga terhasilnya lubang atau ‘sinkhole’ di jalan raya berkenaan.

Malah menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula, kelihatan seorang ‘rider’ nyaris terjunam ke dalam lubang tersebut namun sempat memberhentikan motosikalnya sebelum terjatuh di tepi jalan. Video diakhir artikel ini.

Bahaya betul ni!

- Advertisement -

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, laluan terbabit telah ditutup buat sementara waktu kepada pengguna jalan raya bagi kerja penyelenggaraan.

Meninjau reaksi warganet, rata-rata terkejut melihat saiz lubang tersebut yang disifatkan sangat berbahaya terutama pada waktu malam sekiranya tiada individu yang perasan.

Selain itu, ada juga netizen sempat membuat lawak dan memberi sindiran berhubung kejadian itu selain bersyukur ‘rider’ terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Advertisement -

Sementara itu, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan telah mengambil tindakan segera.

“Syarikat konsesi Globinaco juga sudah diarahkan untuk meninjau keadaan di lokasi kejadian. Kita juga sudah memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentongan Sabah kerana lubang yang ada di kawasan itu adalah berikutan membabitkan aset pembentungan mereka,” maklumnya.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL