spot_img

Lapangan Terbang Berpotensi “Hilang” Kepada China Angkara Gagal Bayar Hutang

- Advertisement -

PADA tahun 2015 telah menyaksikan Uganda dan China mematerai sebuah perjanjian pinjaman wang dalam membolehkan negara Uganda membesarkan satu-satunya lapangan terbang negara mereka.

Perjanjian pinjaman bernilai $200 juta (~RM847.82 juta) daripada Export-Import Bank of China ini memerlukan Uganda membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan dengan nilai yang lebih tinggi atau lapangan terbang tersebut bakal menjadi milik China.

SUMBER: ANAC GABON

6 tahun berlalu, kerajaan Uganda dilaporkan gagal membayar hutang terhadap China sekaligus berisiko kehilangan Lapangan Terbang Entebbe. Kegagalan membayar hutang tersebut turut diakui oleh Menteri Kewangan Uganda, Matia Kasaija yang tampil memohon maaf atas kesalahan membuat pinjaman bernilai jutaan Ringgit tersebut.

- Advertisement -

Dalam pada itu, pihak Uganda kini sedang dalam usaha untuk berunding dengan pihak China agar mempertimbang semula klausa pinjaman lapangan terbang tunggal negara mereka agar tidak jatuh kepada penguasaan pihak kerajaan China. Dilaporkan sebuah pertemuan telah dibuat pada awal tahun ini namun pihak China tidak berminat dengan rundingan yang dicadangkan pihak Uganda.

Antara klausa yang ingin diubah oleh kerajaan ialah keperluan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda mendapatkan kelulusan daripada pemberi pinjaman China untuk bajet dan rancangan strategiknya.

SUMBER: NEWSX

Setakat ini, Bloomberg melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda menafikan China telah ‘menguasai’ Lapangan Terbang Entebbe.

- Advertisement -

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali China menjalankan ‘modus operandi’ seperti ini. Di Sri Lanka, pihak kerajaan turut bersetuju memajak sebuah pelabuhan usaha niaga yang diketuai oleh China Merchants Port Holdings Co. selama 99 tahun dengan bayaran semula sebanyak $1.1 bilion (~RM4.66 bilion).

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL