spot_img

Rakaman Dashcam Remaja Tiba-Tiba Muncul Ambil “Benda” Di Tengah Jalan

- Advertisement -

WALAUPUN kita memandu dengan cukup berhati-hati serta perlahan di kawasan perumahan, kadang-kala ada pihak lain yang akan menyebabkan tidak mengendahkan keselamatan sehingga berlakunya kemalangan.

Baru-baru ini terdapat seorang pemandu tidak menyangka perjalanannya pada waktu malam bakal ditimpa musibah apabila secara tidak sengaja dia terlanggar seorang remaja lelaki cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke tengah jalan raya. Video diakhir artikel ini.

Dari rakaman video dashcam yang dikongsikan oleh pemandu tersebut, kejadian itu berlaku sekitar pukul 8.45 malam. Tambah pemandu lelaki itu lagi, kemalangan tersebut terjadi di satu kawasan perumahan sekitar Kota Masai, Johor.

- Advertisement -

Menurut pemandu itu, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan dia akan membuat tuntutan insuran untuk membaiki bahagian lampu serta bumper hadapan yang rosak, manakala remaja itu dikatakan mengalami patah tulang setelah berlaku perlanggaran di antara mereka berdua.

Tambah pemandu itu lagi, van yang berada pada bahagian lorong kiri tidak membunyikan hon semasa remaja tersebut cuba melintas jalan raya. Andaikata pemandu van membunyikan hon, ada kemungkinan besar remaja itu tidak terus meluru untuk mengambil bola tersebut.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL