spot_img

Ain Husniza Dan Bapa Disaman Guru Berhubung Isu Jenaka Lucah

- Advertisement -

SATU saman fitnah difailkan ke atas pelajar tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam, yang sebelum ini menarik perhatian ramai dengan hantaran TikToknya mengenai jenayah rogol yang dijenakakan.

Melalui ciapan hari ini, bapa pelajar terbabit, Saiful Nizam Ab Wahab, mendedahkan writ saman berkenaan dia bersama Ani Husniza sebagai defendan.

“Kami telah menerima writ saman fitnah dan pernyataan tuntutan daripada Khairul Nizam Sanuddin (guru PJPK SMK Puncak Alam) yang telah difailkan di mahkamah Shah Alam pada 26hb November 2021,” ciapnya petang tadi.

- Advertisement -

Mengiringi ciapan Saiful Nizam itu ialah tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace (Jadikan sekolah tempat yang lebih selamat) serta halaman depan writ saman yang dimaksudkannya.

Pelajar terbabit mula mencetuskan perbincangan awam selepas dia memuat naik video TikTok dengan mendakwa seorang guru membuat jenaka mengenai rogol semasa sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan.

- Advertisement -

Ia kemudian mengundang reaksi orang ramai di media sosial.

Sejak itu Ain Husniza mendapat sokongan pelbagai pihak atas pendedahan itu namun pada masa sama dia juga berdepan dengan kritikan selain satu ugutan rogol daripada pelajar lain.

Bagaimanapun pelajar lelaki terbabit kemudian memohon maaf.

- Advertisement -

Berdasarkan salinan tuntutan tersebut Khairul Nizam mengemukakan saman ke atas pasangan anak-beranak berkenaan atas tiga video TikTok, tiga hantaran Twitter dan beberapa kenyataan lain yang dianggapnya fitnah di antara 23 April dan 26 Jun lalu.

Antara kenyataan yang dianggap plaintif bersifat fitnah oleh Saiful Nizam ialah mesej dalam kumpulan WhatsApp dan Facebook selain beberapa temu bual media.

Pada Ogos lalu Ain Husniza dan bapanya dilaporkan menerima sepucuk surat tuntutan daripada seorang guru lelaki yang mendakwa difitnat anak-beranak terbabit.

Mereka dinamakan sebagai responden dalam surat tersebut. Antara lain mereka dituntut membuat permohonan maaf dan membayar ganti rugi bernilai RM1 juta atau akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

Difahamkan 2 Dis ini ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL