spot_img

Seorang Maut, Pemandu Dipercayai Mabuk Langgar Semua Staf Restoran

- Advertisement -

KEMALANGAN jalan raya sememangnya satu perkara yang sukar dielakkan. Namun, jika ia disebabkan kecuaian pihak-pihak tertentu, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Aisyah Mahmood apabila memuat naik khabar sedih apabila kesemua staf di restorannya telah dilanggar pemandu kereta yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Semua dilanggar dipersimpangan lampu isyarat

Lebih menyayat hati, salah seorang daripada bapa kepada stafnya telah maut di tempat kejadian. Sebahagian daripada mereka mengalami cedera parah dan kesemuanya dikejarkan ke hospital.

- Advertisement -

Apa yang membuatkan pemilik restoran itu berasa ralat dan geram apabila pemandu yang didakwa mabuk itu hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Kenderaan staf juga hancur

Tak hanya itu, kenderaan mereka juga turut mengalami kerosakkan dan ada diantaranya total lost!

- Advertisement -

Siti Aisyah Mahmood juga mengakui sedih dengan kejadian tersebut lebih-lebih lagi ada yang telah kehilangan nyawa disebabkan kecuaian orang lain.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu mabuk kerana sudah banyak kali perkara sebegitu terjadi dan mengakibatkan ramai yang tidak berdosa kehilangan nyawa.

- Advertisement -

Semoga nasib mereka yang menjadi mangsa diatas kecuaian orang lain terbela dan si pelaku mendapat balasan sewajarnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL