Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Ain Husniza Dan Bapa Akan Saman Balas Terhadap Guru, KPM
spot_img

Ain Husniza Dan Bapa Akan Saman Balas Terhadap Guru, KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelajar, Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab, yang disaman guru yang terbabit dalam isu gurauan keterlaluan berkaitan perbuatan merogol, akan memfailkan tuntutan balas.

Peguam mereka, Datuk Sankara Nair, berkata Menteri Pendidikan, Pengarah Pendidikan Selangor dan pengetua sekolah terbabit akan turut dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan berkenaan kerana kecuaian melindungi kebajikan serta hak pelajar berkenaan.

Katanya, beliau mendapat arahan daripada Saiful Nizam untuk membuat tuntutan itu selepas melihat keadaan anaknya menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai satu gangguan seksual.

- Advertisement -

“Ain Husniza mengalami gangguan emosi lebih teruk selepas mendapat berita disaman guru itu pada Jumaat lalu.”

“Kita buat tuntutan balas mengikut proses ditetapkan. Ia adalah amalan biasa mengikut undang-undang.”

“Kita menamakan beberapa defendan dalam tuntutan itu yang dilihat gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam melindungi pelajar terbabit,” katanya kepada BH, hari ini.

- Advertisement -

Terdahulu, media melaporkan guru, Khairul Nizam Sanuddin, 43, memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema & Yung pada 26 November lalu dengan menamakan Ain Husniza, 17, dan bapanya, Saiful Nizam, 42, sebagai defendan.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, tuntutan saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah, esok.

- Advertisement -

Menurut penyataan tuntutan difailkan, Khairul Nizam yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) menyentuh sub-topik ‘Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual’, pada 24 April lalu.

Artikel Berkaitan: Ain Husniza Dan Bapa Disaman Guru Berhubung Isu Jenaka Lucah

Sub topik itu terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Khairul Nizam yang mengajar selama 21 tahun di sekolah itu, menyatakan sepanjang proses pembelajaran itu, semua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada buku teks PJK Tingkatan 5.

Guru berkenaan menafikan membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJK itu serta tiada galakan kepada perlakuan rogol, malah ia adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman serta pengajaran.

Sebelum ini, media melaporkan guru itu yang didakwa bergurau keterlaluan, seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol, tidak diambil tindakan lanjut oleh polis selepas selesai menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, dilaporkan berkata, pihaknya menerima notis Tiada Tindakan Lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL