spot_img

Neelofa Dan PU Riz Dilepas Tanpa Dibebaskan

- Advertisement -

MAHKAMAH Majistret di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.

- Advertisement -

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduuh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

- Advertisement -

Sementara itu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah ketika ditemui di luar bilik perbicaraan berkata, pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan iaitu dua pertuduhan terhadap Muhammad Haris dan satu pertuduhan terhadap Neelofa.

“Pihak pendakwaan juga sudah menerima dokumen representasi yang kita kemukakan sebelum ini dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara ini bukanlah begitu besar tetapi dibesar-besarkan.”

“Satu proses kompaun akan berlaku sama ada hari ini atau esok (norminal amaun) dan selepas kita bayar kita datang balik, sebab kompaun bukan sesuatu perintah yang sama dengan didapati bersalah. Ia neutral tidak ada rekod langsung.”

- Advertisement -

“Kita akan kembali di sini pada 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.”

“Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan,” katanya.

Peguam itu berkata, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan lagi kerana keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan kadar kompaun yang akan dikenakan namun menjangkakan ia adalah rendah.

“Kami berpuas hati dengan keputusan perbicaraan hari ini, jadi pada 21 Disember nanti keputusan akan dibuat daripada melepas tanpa membebaskan kepada dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan Muhammad Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9.30 pagi.

Neelofa yang berjubah kebiruan dan Muhammad Haris berbaju sut biru memasuki pintu pengawal kompleks dengan mengikut SOP ditetapkan.

Mereka kemudian menuju ke kamar bicara sambil diiringi Muhammad Shafie dan beberapa peguam yang lain.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL