spot_img

Saf Solat Di Masjid, Surau Boleh Dirapatkan – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menunaikan solat berjemaah dalam keadaan saf yang rapat di surau dan masjid di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya hari ini mencadangkan jemaah itu dimestikan membuat saringan awal secara kendiri terlebih dahulu.

“Sudah tiba masanya untuk saf-saf solat di masjid dan surau dirapatkan. Boleh buat saringan awal secara kendiri.”

- Advertisement -

“Yang mana terdedah kepada mereka yang positif (Covid-19), mesti ada kebertanggunggjawaban kendiri, elakkan diri daripada ke tempat awam termasuk ke masjid,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Asyraf menyertakan tanda pagar #SokongSafDirapatkan sebagai sokongan supaya jemaah dibenarkan bersolat dengan saf dirapatkan semula.

Selain itu, Asyraf turut menyertakan satu tangkap layar gambar aksi ribuan penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara JDT dan Kuala Lumpur City FC (KL City), malam tadi.

- Advertisement -

Ia dipercayai sebagai perbandingan dengan kebenaran yang diberikan untuk penyokong bola sepak di stadium, berbanding jemaah menunaikan solat di masjid dan surau.

Sementara itu Dr. Kamilin Jamilin juga menulis pendapatnya di akaun Facebook miliknya.

- Advertisement -

Soalan K-BAT,

Jika anda hadir ke stadium dalam perlawanan akhir bola sepak antara KL dan JDT malam semalam dan anda ingin menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah:

a) Adakah anda merapatkan saf kerana suasana stadium yang sedia maklum kondusif?

b) Adakah anda menjarakkan saf solat yang cuma 6 minit dan kembali merapatkan ‘saf’ ketika menyaksikan bola selama 90 minit?

Jika jawapan anda (a), adakah stadium merupakan tempat terbaik untuk merapatkan saf ketika solat jemaah?

Jika jawapan anda (b), adakah anda ‘baik-baik’ aja?

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL