spot_img

Tak Sanggup Bercerai Kerana Kekacakan Suami, Isteri Sanggup Didera

- Advertisement -

SEORANG isteri berusia 23 tahun sanggup menjadi mangsa keganasan rumah tangga, hanya kerana suaminya memiliki wajah yang kacak.

Walau sering didera oleh suaminya itu, wanita itu nekad ingin meneruskan perkahwinannya, kisah sadis ini sebenarnya telah berlaku lebih dari 3 tahun.

- Advertisement -

Kisah yang tidak masuk dek akal ini telah dilaporkan oleh mirror press, wanita muda yang dikenali sebagai Li itu difahamkan berkenalan melalui rakan mereka dan akhirnya mereka jatuh cinta pandang pertama.

Dua bulan kemudian, mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Namun tidak lama selepas menikah, pasangan ini mula bertengkar akibat perselisihan faham. Dakwa Li, pada awalnya si suami hanya mengeluarkan perkataan kesat sahaja tetapi lama kelamaan hubungan mereka semakin teruk bahkan si suami dikatakan mula ‘naik tangan’.

- Advertisement -

Menurut laporan itu lagi, Li pasti akan berlembut hati dan memaafkan perbuatan suaminya itu apabila lelaki kacak itu meminta maaf.

Ibu bapa dan ahli keluarga LI juga sudah puas menasihati wanita itu agar bercerai dengan suaminya itu namun LI enggan dan berdegil untuk meneruskan rumahtangganya itu.

Dakwa lelaki ini lagi, dia perlu melaporkan segalanya kepada Li setiap kali dia keluar rumah. Jika tidak, Li akan menuduhnya cuurang dengan wanita lain.

- Advertisement -

Oleh hal demikian, lelaki ini nekad mahu bercerai tetapi Li berkeras dan tidak mahu berpisah dengan alasan lelaki itu adalah cinta pertamanya dan disebabkan wajah suaminya yang kacak.

Difahamkan, Li kini sedang hamil dan si suami berjanji akan menjaga Li dan kandungannya dengan baik. Dalam kesempatan itu, dia berharap agar isterinya itu juga akan memberi kepercayaan dan tidak bersangka buruk terhadap dirinya.

“Saya bersedia menyetujui semua syarat suami.” kata Li.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL