spot_img

Lelaki Masuk Hutan Terkejut Jumpa Gambar Wanita Dicucuk Jarum Tergantung Bersama Baju

- Advertisement -

PASTI ramai yang tahu atau pernah terbaca tentang kisah mistik amalan khurafat, ilmu hitam, sihir, ilmu guna-guna buatan orang yang sering kita dengari sama ada di laman sosial, di televisyen atau di dada akhbar yang mana perkara ini amat sinonim dengan masyarakat sejak dulu lagi.

Sebagai contoh ilmu hitam dan filem yang ditayangkan di dalam drama TV atau filem, ia sebenarnya memang benar-benar berlaku dan menjadi amalan bagi mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan singkat untuk mengenakan orang lain sama ada kerana dengki, iri hati atau tidak puas hati dan sebagainya.

- Advertisement -

Kisah yang mengaitkan ilmu sihir atau ilmu hltam ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Nur Rahmat Jumrael yang mana rakannya dikatakan telah masuk ke hutan dengan tujuan untuk mencari burung tetapi sebaliknya terjumpa sesuatu yang aneh dan pelik berkaitan dengan amalan khurafat dan syirik.

Baju yang dijumpai mempunyai sekeping gambar seorang perempuan bertudung.

Bismillah, Allahumma solli ala muhammad.

Pernah dengar pugai? Atau pun buatan orang? Ke pernah dengar guna-guna orang? Atau mungkin sihir?.

- Advertisement -

Mana-mana tempat mungkin benda ini masih wujud. Orang berjaya, kita iri hati dan dengki. Orang tidak terima cinta, kita bomohkannya.

Kesannya yang kena sihir tu, merana. Sakit, dan boleh bawa maut. Gambar di bawah dirakamkan oleh kawan Tuan Tony Hma semasa mencari burung di dalam hutan.

- Advertisement -

Agak-agak gambar dicucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ya?

Nota: Sebelum ini sahabat sejemaah, diceritakan oleh ustaz Mizan, pernah kena sihir semasa menjalankan dakwah.

Bila berubat jantungnya seperti dicucuk-cucuk oleh benda tajam. Namun, Alhamdulillah ustaz tu berjaya disembuhkan. Ada Amalan yang dipegang sebagai pendinding.

Antaranya melazimi Al-Mathurat pagi dan petang. Sesiapa saja yang mengamalkan perbuatan syirik ini iaitu sihir pengasih guna gambar sesungguhnya sangat berdosa besar selain turut menyekutukan Allah.

Mengapa belajar ilmu hitam dan ilmu khurafat ini untuk membinasakan orang lain. Bukankah lebih baik meminta dari Allah daripada membuat dosa besar sebegini.

Siapa pun orang yang berbuat demikian, dia akan menanggung dosa selagi orang yang dia kenakan itu tidak akan memaafkan dirinya. Ditambah lagi dengan dosanya terhadap Allah SWT kerana mengamalkan ilmu hitam dan amalan khurafat ini.

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL