Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Tular Rakaman Pengasuh Humban Barang Pada Bayi Kecil
spot_img

Tular Rakaman Pengasuh Humban Barang Pada Bayi Kecil

- Advertisement -

BUKAN satu atau dua, namun sejak kebelakangan ini banyak kes penderaan anak kecil telah dilaporkan sehingga ada yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Lebih menyedihkan, kes ini terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa ketika mereka sedang bekerja. Semalam telah tular satu video seorang pengasuh telah menghumban barang ke atas seorang bayi kecil. Video diakhir artikel ini.

Menghantar anak ke taska atau pengasuh bukan sahaja menjadi dilema malah kini ia ibarat mimpi ngeri buat para ibu bapa yang bekerja kerana selain terpaksa melepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada orang lain, lambakkan kes-kes pukul dera di rumah atau pusat asuhan seakan menghantui ibu bapa ketika bekerja.

- Advertisement -

Kadang kala pelik dan musykil, memikirkan di mana rasa belas kasihan mereka kepada kanak-kanak yang kecil yang baru ingin mengenali dunia. Tidakkah mereka tahu, tanggungjawab dan kepercayaan diberi mereka adalah untuk menjaga kanak-kanak kecil yang masih memerlukan perhatian penuh penjaga.

Gambar sekadar hiasan.

Betapa sakitnya hati si ibu yang melahirkan apabila melihat anak mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Pemilihan Taska

Pastikan taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kerana taska yang berdaftar perlu mematuhi beberapa peraturan dan piawaian tertentu bagi memastikan kualiti serta tahap keselamatan setiap aspek terjaga.

- Advertisement -

Kenali pengasuh atau penjaga yang menjaga anak anda di taska atau di rumah. Janganlah asal jumpa, anda terus hantar anak anda tanpa siasat dahulu peribadi atau latar belakang penjaga anak anda. Tidaklah perlu sampai mengupah penyiasat persendirian, tapi mungkin anda boleh berborak dahulu dengan mereka tentang pekerjaan mereka.

Sama ada mereka berpengalaman atau tidak, mempunyai pengetahuan untuk menjaga kanak-kanak atau tidak dan jangan lupa juga untuk melihat sendiri keadaan dalam rumah atau taska tersebut. Anda sendiri mampu menilai sama ada taska tersebut sesuai untuk didiami anak anda ataupun tidak.

Tengok Apa Yang Orang Dah Buat Kat Anak Aku!

- Advertisement -

Seperti yang tular di media sosial semalam, perkongsian facebook dari seorang ibu ini buat ramai rasa sedih serta luahkan rasa marah atas apa yang terjadi.

“Pos dekat sini la sebagai kenangan, nanti baby tu dah besar. Dia boleh tengok apa yang orang dah buat dekat dia. Semoga Allah pelihara anak2 syurga yang lain. Aku selalu tngok dekat anak org ja. Sekali anak aku yang kena. Aku dah cukup baikkkkkkk.” – Cahaya Naziha Mohd Nhazeri

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL