spot_img

Wargamaya Berang Wanita Buat Aksi Tidak Senonoh Dalam Tren Rapid KL

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan seorang penumpang membasuh tangannya ketika berada di dalam sebuah tren Rapid KL tular di laman Twitter semalam. Video diakhir artikel ini.

Klip video berdurasi 13 saat itu memperlihatkan seorang wanita dipercayai warga emas dengan selamba mencuci tangannya menggunakan sebotol air di atas lantai tren terbabit.

Selain tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di sekelilingnya, wanita itu juga dilihat tidak memakai pelitup muka dengan betul.

- Advertisement -

Sementara itu, Rapid KL dalam satu kenyataan di Twitternya tadi berkata, pihaknya melarang penumpang lain meniru perbuatan tersebut dan berharap agar orang ramai lebih beretika ketika menaiki tren.

“Kami tidak pernah upgrade (menambah baik) tren kami untuk dijadikan tempat membasuh tangan.”

“Harapan kami, jangan tiru aksi atau perbuatan ini dan semoga semua penumpang lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menaiki tren,” ciapnya.

Tangkap layar klip video berkenaan yang tular di media sosial.
- Advertisement -

Dalam pada itu, Rapid KL turut menasihatkan agar penumpang memakai pelitup muka dengan betul ketika menaiki pengangkutan awam.

Tinjauan sebuah Akhbar Tempatan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu.

“Paling dasyat aku pernah tengok, selalu nampak orang minum air manis selepas itu tertumpah sahaja,” kata Nabil.

- Advertisement -

“Banyak kali tengok video ini sambil berkerut dahi. Sebab tak faham kenapa dia bertindak begitu,” kata Fyda.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL