spot_img

Kaji Selidik Dapati Pemandu BMW Dan Audi Berpotensi Untuk Jadi “Psychopath”

- Advertisement -

PADA bulan November lalu, satu kaji selidik telah dibuat melibatkan 2,000 pemandu pelbagai jenama dan model kereta untuk menyertai ‘Ujian Psikopat’. Di dalam soalan kaji selidik tersebut mempunyai 12 soalan yang dapat menentukan skala psikopat seseorang.

Markah yang diperolehi menunjukkan kemungkinan besar anda menunjukkan ciri-ciri psikopat seperti superficial charm, ego atau rasa harga diri yang tinggi dan kekurangan penyesalan atau rasa bersalah.

Hasil kaji selidik yang dibuat oleh portal Scrap Car Comparison mendapati pemandu kereta BMW mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang psikopat dengan purata markah psikopat sebanyak 12.1 daripada 36.

- Advertisement -

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa skor purata ujian psikopat untuk semua pemandu pelbagai jenama dan model kereta sekitar 6.6 sahaja.

Jadi pemandu BMW menunjukkan lebih banyak ciri psikopat dengan markah mereka hampir dua kali ganda lebih tinggi dari skor purata pemandu-pemandu lain.

- Advertisement -

Manakala pemandu Audi pula menjadi individu kedua yang berpotensi untuk menjadi seorang psikopat dengan skor kaji selidik sebanyak 11.7 daripada 36. Ia bermaksud mereka berpotensi untuk mempunyai sifat narsisisme dan suka berbohong kepada orang lain.

Lagi tiga jenama bagi melengkapi 5 tangga teratas pemandu yang berpotensi untuk menjadi psikopat ialah Fiat dengan markah 7.0, Mazda (6.4) dan Honda (6.3), dengan kesemuanya mendapat purata markah melebihi lima dalam kaji selidik tersebut.

Walaubagaimanapun ini adalah kajian di United Kingdom. Bagaimana jika di Malaysia pula?

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL