spot_img

Yakjuj Dan Makjuj Berkata Insya-Allah Tembok Akan Terbuka

- Advertisement -

YAKJUJ DAN MAKJUJ adalah keturunan Nabi Adam daripada anak Nabi Nuh AS yang mempunyai tiga anak iaitu Sam, Ham dan Yafits. Kemudian anak Yafits bernama Mada, Yunan, Makjuj, Tubal, Misk dan Tiran. Maka Yakjuj dan Makjuj adalah daripada anak keturunan Yafit.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan keduanya, suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: “Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulqarnain berkata: “Apa yang telah dikuasakan oleh Rabbku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi.’ Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Dzulqarnain: “Tiuplah (api itu).” Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, diapun berkata: “Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu.” Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat (pula) melubanginya. Dzulqarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat daripada Rabbku, maka apabila sudah datang janji Rabbku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Rabbku itu adalah benar.” (Surah Al-Kahfi ayat 92-98).

Dalam kitab Ensiklopedia Akhir Zaman dikatakan wajah mereka mirip orang Mongolia atau Tartar. Sifat-sifat mereka sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadis iaitu tidak fasih berbicara, seperti matanya, kecil hidungnya, perang (merah) rambutnya, lebar dahinya.

- Advertisement -

Rasulullah SAW berkhutbah dalam keadaan jarinya dibalut kerana disengat kalajengking. Baginda bersabda: “Kamu mengatakan tidak ada musuh. Padahal sesungguhnya kamu akan terus memerangi musuh sampai datangnya Yakjuj dan Makjuj, lebar mukanya, kecil (sepet) matanya dan ada warna putih di rambut atas. Mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi, seakan-akan wajah-wajah mereka seperti perisai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

RASULULLAH SAW memberi gambaran andai kata Yakjuj dan Makjuj dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia.

Walaubagaimanapun, perbahasan Yakjuj Makjuj ini tidak dapat lari daripada kisah-kisah yang tidak benar antaranya:

1. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang tubuhnya seperti pokok yang sangat besar.

- Advertisement -

2. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang tingginya empat hasta

3. Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang membentangkan telinganya dan mempertemukan dengan telinga yang satu lagi (telinga panjang dan lebar).

Dalam riwayat lemah yang lain disebut tingginya adakah sejengkal, dua jengkal dan tiga jengkal. Mengikut riwayat yang sahih, mereka adalah golongan yang kuat sehingga tidak ada pun yang boleh memerangi mereka.

- Advertisement -

Dari sudut bilangan mereka pula, Nabi Muhammad SAW bersabda: “…di antara Yakjuj dan Makjuj seramai 999 dan dari kalian satu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Itulah nisbah Yakjuj Makjuj dan manusia menunjukkan betapa ramainya mereka bahkan Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu termasuk anak keturunan Nabi Adam, andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia. Tiada seorang lelaki pun yang mati di antara mereka kecuali dia meninggalkan keturunannya yang berjumlah 1,000 orang atau lebih….” (Hadis Riwayat Attabrani)

Di dalam surah al-Kahfi ayat 93 hingga 98, Allah menceritakan kisah Yakjuj dan Makjuj dan Raja Zulkarnain.

“Apabila Raja Zulkarnain sampai di antara dua gunung dia dapati satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

“Dia (Raja Zulkarnain) menjawab (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhan aku jadikan, daku menguasainya, lebih baik (daripada bayaran kamu); Oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai- ramai) aku akan bina di antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”

Hasil pertemuan itu mereka dimaklumkan, memang penduduk di situ setiap hari akan mengetuk pintu besi Yakjuj dan Makjuj sebanyak tiga kali sehari dan kemudian merapatkan telinga pada pintu untuk mendengar reaksi dari dalam tembok berkenaan.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi sehinggalah ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Dia kemudian perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga ia menjadi merah menyala seperti api. Berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya. Maka mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat memanjat (tembok) dan mereka juga tidak boleh menebuknya.”

Ayat al-Quran di atas menceritakan ketika Raja Zulkarnain tiba di negeri yang terletak berdekatan dua buah bukit (Armenia), penduduk di situ meminta pertolongannya kerana mereka menjadi mangsa kekejaman kaum Yakjuj dan Makjuj.

Raja Zulkarnain yang masyhur dengan kekuatan tentera dan kebijaksanaannya menawarkan bantuan secara percuma, lalu dibina dinding di antara dua bukit itu dari potongan besi, lalu dibakar dengan api dan kemudian dituangkan tembaga agar dinding kuat dan kukuh. Akibatnya, Yakjuj dan Makjuj tidak lagi dapat masuk ke negeri itu kerana mereka tidak boleh mendaki bukit atau membuat lubang melaluinya.

Persoalannya, bilakah tembok Yakjuj dan Makjuj ini akan terbuka? Dalam satu hadis Nabi SAW menyatakan bahawa setiap hari kerja sebahagian Yakjuj dan Makjuj ialah menebuk tembok. Ketua mereka mengarahkan apabila malam hampir tiba, baliklah dahulu dan kerja menebuk disambung semula esok.

Begitulah kerja sebahagian mereka setiap hari sehingga satu masa yang ditentukan Allah, ketua mereka akan mengungkapkan ayat dengan menyebut perkataan Insya-Allah: “Baliklah kamu esok kita sambung semula insya-Allah tembok akan terbuka. Maka kerana perkataan itulah keesokan harinya ketika mereka melakukan kerja-kerja menebuk, maka tembok tersebut akan terbuka. Ini disebabkan ketua mereka menyebut perkataan insya-Allah.

Tiada siapa yang mampu membunuh Yakjuj dan Makjuj hatta Nabi Isa AS yang diturunkan ke bumi buat kali kedua pada waktu itu sendiri tidak mampu membunuhnya. Lalu Nabi Isa AS dan kaum Muslimin yang bersama dengannya berdoa kepada Allah dan Allah makbulkan doa mereka. Lalu Allah menghantar sejenis virus seperti dalam hidung unta dan menyerang setiap leher Yakjuj dan Makjuj dan mereka akhirnya mati sekali gus. Dikatakan banyaknya mayat mereka seperti bangkai belalang.

Kematian itu menyebabkan bumi berbau busuk selain mayat manusia yang dibunuh mereka. Nabi Isa AS bersama Muslimin berdoa lagi kepada Allah supaya menyelesaikan masalah mayat manusia yang tersangat ramai.

Lalu Allah menghantar sejenis burung besar dan mengangkat mayat Yakjuj dan Makjuj dan manusia lain ke satu tempat yang cuma Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tetapi sisa-sisa darah dan nanah masih lagi berbau busuk. Mereka berdoa lagi kepada Allah supaya menghilangkan bau busuk tersebut. Kemudian Allah menurunkan hujan yang lebat membersihkan seluruh bumi daripada sisa-sisa dan bau busuk dan bumi akhirnya bersih sebersihnya sehingga air hujan yang turun seperti manik-manik yang jernih jatuh ke bumi.

Dari: Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL