spot_img

“Diserang” Kaum Bajau Laut Di Pulau Tatangan, Perkongsian Wanita Ini Buat Netizen Cemas

- Advertisement -

PASTI anda pernah dengar akan kehidupan kaum Bajau Laut yang tinggal di sekitar Pulau Tatangan, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zandraeusoff telah berkongsi video yang memaparkan situasi cemas ketika dirinya dan keluarga bercuti di Sabah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dirinya dan keluarga telah berkunjung ke Pulau Tatangan yang dihuni oleh suku kaum Bajau Laut. Video diakhir artikel ini.

Zandra dan keluarganya yang berkunjung ke pulau itu berasa terkejut dan cemas apabila dikerumuni oleh Bajau Laut dan beg makanan mereka diambil begitu sahaja. Malah, dirinya juga memegang erat anaknya kerana takut diambil oleh mereka.

- Advertisement -

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berasa cemas melihat situasi yang dialami pengguna TikTok tersebut. Malah, ada netizen mengatakan memang begitu keadaan jika berkunjung ke situ dan perlu berhati-hati.

Malah, para netizen turut tertanya-tanya kenapa mereka sekeluarga ke pulau itu kerana sudah banyak kes seperti itu berlaku. Menjawab soalan netizen, Zandra mengatakan percutian ke Sabah itu pada April 2019 dan lawatan singgah ke kawasan Pulau Tatangan itu termasuk dalam pakej yang dibelinya.

Menurutnya, pemandu pelancong telah memberitahunya boleh membawa makanan untuk memberi kepada kaum Bajau Laut ini tetapi tidak sangka keadaannya seperti ini. Diingatkan agar anda tidak memberikan wang kepada kaum tersebut jika anda berkunjung ke Pulau Tatangan ini.

Reaksi beberapa wargamaya

- Advertisement -

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL