spot_img

JPJ Perlis Jawab Isu Dakwaan “Double Standard” Dalam Penggunaan Cermin Gelap

- Advertisement -

BARU-BARU ini sebanyak lebih 50 buah kereta Ford Mustang dari seluruh negara menyertai program kembara yang diadakan selama tiga hari di beberapa lokasi sekitar negeri Perlis.

Konvoi tersebut mencuri perhatian ramai netizen kerana mereka mendakwa pihak JPJ bertindak double standard setelah dilihat seperti tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap sebahagian pemilik muscle car menggunakan cermin gelap yang menyalahi undang-undang.

Memetik laporan Kosmo, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah menjelaskan pihak JPJ telah melakukan advokasi kepada peserta mengenai kesalahan-kesalahan lain seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, penggunaan cermin gelap serta lain-lain pengubahsuaian.

- Advertisement -

“Semua maklumat peserta kembara itu telah diambil pihak JPJ semasa program advokasi diadakan dan pemeriksaan rambang mendapati ada dalam kalangan peserta mendapat kelulusan menggunakan cermin gelap,” jelasnya beliau dalam satu kenyataan dikongsikan bersama pihak Kosmo.

Tambah Fatimah lagi, penggunaan cermin gelap sepenuhnya ke atas sesebuah kenderaan dibenarkan atas beberapa faktor seperti keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

- Advertisement -

Bagi mengulas persoalan ramai kenapa pihak JPJ mengiringi konvoi kereta-kereta Mustang tersebut, Fatimah menyatakan bahawa pihak penganjur meminta jabatan itu membantu bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesesakan jalan raya yang menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain.

“Semasa kembara itu memasuki Perlis, JPJ bertindak memecahkan konvoi kepada beberapa kumpulan kecil terdiri daripada 10 hingga 12 buah kenderaan.”

“Setiap kumpulan kecil itu bergerak dengan dipandu arah oleh kenderaan JPJ sebagai ‘lead car’ ke destinasi dituju bagi memastikan mereka tidak tersasar dan mengelakkan kesesakan jalan raya.”

- Advertisement -

“Pergerakan kembara tersebut tidak menggunakan laluan sesak dan pemilihan jalan raya yang lebih jauh serta tidak sibuk dengan kenderaan lain dipilih bagi memastikan keselesaan kepada pengguna lain,” terang Fatimah kepada pihak Kosmo bagi menjelaskan persoalan yang diutarakan oleh orang ramai.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK MUSTANG CLUB MALAYSIA (OFFICIAL)

Memetik kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh wakil ahli Kelab Mustang Malaysia, kehadiran mereka ke negeri Perlis bagi menjayakan ‘Program Kembara Bersama Club Mustang Malaysia Di Bumi Perlis’ di atas undangan kerajaan negeri Perlis sendiri.

Pada masa yang sama, ahli kelab tersebut juga dijemput untuk sesi perbincangan ‘Kempen Kesedaran & Keselamataan’ pengguna jalan raya bersama JPJ sewaktu program kembara tersebut berlangsung.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL