spot_img

Lagi Kes Lawan Arus Di Jambatan Pulau Pinang Sebabkan Kemalangan

- Advertisement -

GEORGE TOWN – Sebuah kereta terbabit kemalangan selepas cuba mengelak sebuah van yang dipandu secara melawan arus di Jambatan Pulau Pinang dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan insiden tersebut turut dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan orang awam.

Berdasarkan rakaman video yang dibuat di lorong kiri itu, sebuah van dilihat dipandu di lorong tengah dalam keadaan melawan arus di laluan Seberang Perai menghala ke bahagian pulau.

Kelihatan lampu van yang melawan arus berada di hadapan.
- Advertisement -

Kemudiannya kereta dipercayai jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan dilihat cuba mengelak van berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan dan melanggar tembok pembahagi lebuh raya di sebelah kanan.

Keadaan trafik ketika kejadian dilihat dalam keadaan masih lengang.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.

- Advertisement -

Beberapa netizen yang melihat kejadian rakaman ini pelik bagaimana van tersebut tidak perasan laluan yang sepatutnya dia lalui.

Kereta yang mengelak melanggar tembok penghadang jalan.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL