spot_img

Lagi Kes Marsyal Berlagak “Polis Trafik” Dikesan

- Advertisement -

PORT DICKSON – Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marsyal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaannya seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan tindakan marsyal itu bagi membolehkan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi melalui sebuah jalan di sini. Video diakhir artikel ini.

“Rakaman tersebut menunjukkan aksi marsyal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.”

- Advertisement -

“Ia bagi membenarkan sekumpulan motorsikal berkuasa tinggi dalam jumlah lebih kurang 20 biji motosikal melalui laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Jelas Aidi Sham, dalam rakaman tersebut dipercayai konvoi motosikal itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson.

- Advertisement -

Beliau berkata, seseorang marsyal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan atau melencong kenderaan tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.

“Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam,” katanya.

Tambah Aidi Sham, pihak polis kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman video dan kami menyeru mana-mana individu memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkannya bagi membantu siasatan.

- Advertisement -

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke pihak siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06 6472222.”

“Siasatan dijalankan megikut Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar),” katanya.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL