spot_img

Penduduk Gempar, “Raja Ular” Lintas Jalan Di Sungai Tekali

- Advertisement -

HULU LANGAT – Kehadiran seekor ular tedung selar bersaiz besar sedang melintas jalan menggemparkan penduduk di kawasan Sungai Tekali, Hulu Langat dekat sini baru-baru ini.

Menerusi sebuah video berdurasi 30 saat itu memaparkan seekor ular tedung cuba melintas jalan dan sempat menaikkan badannya ketika sebuah kereta sedang melalui kawasan tersebut. Video diakhir artikel ini.

Kejadian tersebut menyebabkan penduduk di kawasan sekitar bimbang akan keselamatan mereka selain mengundang risiko keselamatan terhadap pengguna yang melalui jalan itu.

- Advertisement -

Rakaman video yang dimuat naik @Wawa Fazrinny tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial Facebook yang bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dan basikal.

Salah seorang pengguna media sosial Facebook, @kamarul Roslan berkata, dia selalu melalui kawasan tersebut dan bersyukur tidak pernah berhadapan dengan ular berbisa itu.

“Seramnya, saya selalu juga lalu kawasan ini, bila tak sedap hati, saya tidak akan melalui kawasan tersebut. Harap ular itu terus ke hutan berhampiran,” jelasnya.

- Advertisement -

Sementara @Hardinalizha berkata, dia baru sahaja menjumpai ular tedung selar pada bulan lalu di hadapan rumahnya.

“Bulan lepas jumpa kat Batu 16 dan ular itu sebesar ular di dalam video ini. Seram dan takut akan keselamatan orang lain,” ujarnya.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL