spot_img

Aksi “Lagak Marshal”, 2 Lelaki Termasuk Seorang Bergelar Datuk Serah Diri

- Advertisement -

DUA lelaki termasuk seorang bergelar Datuk yang dipercayai terbabit dalam aksi ‘Lagak Marshal’ menerusi sebuah video tular di media sosial pada Ahad lalu sudah hadir ke Balai Trafik Port Dickson, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka yang masing-masing berusia 45 dan 49 tahun hadir bagi memberikan keterangan.

- Advertisement -

“Kedua-dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.”

“Polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidi berkata, pihaknya turut menahan dua motosikal berkuasa tinggi serta beberapa barangan berdasarkan video yang dirakam selain melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat kesalahan lain.

- Advertisement -

Terdahulu, video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan aksi marshal memberi arahan kepada seorang pemandu agar memperlahankan kereta bagi memberi laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi.

Sumber:

Rakaman yang tular sebelum ini

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL