spot_img

Wanita Kongsi Pengalaman Seram Bercuti Di “Villa Berhantu” Di Melaka

- Advertisement -

BILA bercakap tentang alam ghaib, ada segelintir masyarakat yang akan percaya dan ada juga yang tidak terlalu percaya. Namun hakikatnya, ianya wujud.

Mungkin ada daripada anda semua yang pernah mengalami gangguan makhluk halus tidak kira di rumah, di kolej, di sekolah dan banyak lagi tempat yang kemungkinan ‘tempat’ mahkluk halus bertandang.

Namun, ramai yang tertanya-tanya sama ada ianya betul ataupun rekaan semata-mata? Itu terpulang kepada individu untuk mempercayainya atau tidak kerana kebanyakan cerita datang daripada pengalaman setiap individu itu sendiri.

- Advertisement -

Seperti seorang wanita yang dikenali sebagai Noorliyana Sulaiman melalui laman Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman seram yang menghantui dirinya ketika di bercuti di sebuah rumah banglo atau villa bertempat di A’ Famosa, Melaka.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dari awal sebelum masuk rumah dah bagi salam dan cakap “aku datang nak tumpang je jangan kacau kami”

Disebabkan ramai pm nak tahu cerita lot rumah berapa.. Jom saya sharekan..

- Advertisement -

Begini permulaannya..

Bangun pagi nak gosok baju saja tanya mak boleh tidur mak? sejuk tak? Along tak tahan sejuk betul malam tadi.. meringkuk badan..

Mak pun jawab mak tak tidur long kena kacau..

- Advertisement -

Haa?? kena kacau macam mana? Terus tak jadi gosok baju..

Villa Lot 10** ni terletak di A’ Famosa banglo sebuah yang agak ke belakang kawasannya.. Ada 4 bilik yang agak selesa hallnya besar dapurnya pun besar mmg sesuai lah kalau family ramai..1 malam lebih kurang RM700.00.. Adik booking sini sebab tak nak campur-campur orang ada private pool.. so puaslah anak-anak mandi..

Dulunya kawasan sini meriah ada tempat Cowboy ada Safari Night Fun Fair macam-maca lagi lah tapi mungkin selepas 2 tahun PKP perniagaan diaorang bankrup atau sebaliknya.. Tempat Cowboy jadi usang buruk.. Senang cerita kawasan ini dah sunyi macam mati dah takda apa-apa yang menarik..

Sampai je villa ni dah petang dalam pukul 5.00pm.. Yang booking ni adik so memang serah pada dia jelah.. So bila sampai je kawasan ni dalam hati dah berkata kawasan ni lah aku baca kat FB viral diaorang kena kacau dengan hantu..

So mulut pun ckp ni lah Villa Nabila…

Bila masuk adik sis Noor Syafiqah dia record lah dan dia bagi Salam dan cakap juga “Aku datang nak tumpang je jangan kacau kami.. begitulah ayat dia.. Tapi masuk memang macam dah seram..

So anak-anak bila nampak kolam excited lah tapi bila pergi dekat kolam dengan suasana pokok-pokok kat tepi tu macam naik bulu roma..

Kolamnya kotor dan dalam tak sesuai lah untuk budak-budak.. Kena guna pelampung.. disebabkan memang tak bawa pelampung so celup-celup kaki je.. Memang rasa dah tak sedap hati adik pun ckp tak payah lah mandi..

Sebab pernah baca diaorang kena tarik kaki dalam air bila mandi kolam kat sini.. seramlah kan memang tak jadilah nak mandi petang tu main-main depan rumah je..

Lepas Maghrib kami decide nak keluar cari makan dan pergi ke bandar Melaka sebab area A’ Famosa takda apa-apa dah.. Jauhlah nak ke Ayer Keroh semula dalam 30 hingga 40 minit juga.. Redah jelah dapat naik beca pergi makan area Bandar.. Kat bandar lebih kurang dekat pukul 12 juga.. Lepas tu kami gerak balik ke villa..

Sampai kat villa duduk dulu sembang-sembang minum-minum lagi anak-anak semua dah tertidur.. Mak abah dah masuk bilik dia mengaji dulu zikir baca Al Mulk sebelum tidur.. Kitaorang adik-beradik tengah lepak-lepak lagi.. Tapi mulut cakap dah jom tidur nanti Nabila datang teman.. So betul-betul dia datang teman..

Mak dan Abah yang kena kacau, start pukul 2 pagi dia dah ajak bergurau dia jatuhkan barang 3 kali

Pertama bunyi batu berderai jatuh dalam bilik tak berapa kuat.. Mak dah terlelap tapi dia terdengar terperanjat dah rasa lain macam bila dah terjaga susahlah nak tidur semula okay takpalah dia cakap mungkin bunyi apa-apa jatuh tak perasan.. Jiran sebelah rumah takda ya kosong takda penghuni.. Mak cuba tutup mata semula walaupun dah meremang bulu roma.

Kali ke-2 bunyi lagi benda jatuh kali ini abah pun terbangun dia tanya bunyi apa? Mak cakap dah 2 kali ni bunyi benda jatuh.. Tak lama lepas tu kali ke-3 tak lama lepas tu bunyi lebih kuat.. Mak dah takut sangat dia cakap kitaorang dah dalam bilik masing-masing memang tak sedar apa-apa..

So lepas bunyi yang ke-3 yang kuat abah bangun amik hp suluh lampu tengok apa benda yang jatuh sebab kuat sangat mesti nampak apa yang jatuh.. tapi tetap takda.. Abah dah dapat agak ada yang mengacau.. so Mak Abah dia mula baca ayat-ayat al-Quran walaupun dalam keadaan takut.. siapa yang pernah rasa diganggu tahulah takutnya macam mana.. keadaan macam dah slow dia dah tak main jatuhkan barang lagi.. TETAPI..

Dah mula main tarik tasbih dalam kocek seluar Abah dan main tarik selimut dengan kain Mak

Dia tarik tasbih Abah dalam kocek seluar guys.. kocek seluar tau!! Dia tak bagi Abah berzikir.. So lepas dah agak bertenang dia masukkan tasbih kat kocek tangan dalam kocek dia tarik tasbih tu macam nak rentap.. Fuhh dia start kacau lagi.. Abah dengan Mak masih tak berhenti baca ayat-ayat al-Quran.. Diaorang nak keluar pun macam takut dan macam tak boleh nak keluar dari bilik tu..

Mak masih baring lagi kat katil sambil baca ayat-ayat ulang-ulang biasalah dah nervous jadi blank.. Kali ni dia kacau mak plak dia main tarik-tarik selimut tarik kain oi.. Mak dah betul-betul takut sangat dia cakap tak pernah dia rasa takut macam ni.. Abah pun mula lah bercakap baik-baik dengan mahluk tu tapi aku lupa apa ayat dia..

Abah cakap bukalah pintu dia nak keluar tu dia terkurung dalam bilik ni panas dia marah orang mengaji berzikir dalam bilik ni.. So lepas je bukak pintu tu Alhamdulillah dia dah takda kacau lagi.. Hampir pukul 4 pagi dah time tu.. Kesian Mak Abah tak dapat tidur dah..

Mak cakap jangan budak-budak kena kacau juga..

Makhluk tu pun ngeri nak kacau sebab perangai yang lain pun macam hantu.. Dalam ramai-ramai adik beradik paling penakut akulah nasib baik dia bukan kacau aku sebab bilik aku sebelah bilik Mak je..

So dah sampai nak Subuh Mak Abah macam susah lah nak tidur dengan takutnya lg.. terus sembahyang lah.. Bila dah cerah sikit aku pun terbangun tapi masa ni Mak belum cerita apa-apa aku bangun tengok dia mengaji kat depan.. Aku pun buka pintu depan nak amik barang dlm kereta tengok jiran selang sebuah rumah dah nk gerak balik padahal awal lagi.. Macam tergesa-gesa.. Mungkin juga dia kena GANGGU..

Terpandang villa kosong yang petang tengah pecah dinding tapi bila malam macam tak ada apa-apa yang berlaku, macam dinding tu takda yang pecah!

SAMBUNGAN PART 2

Pada petang kami sampai suami dengan adik round-round keliling area rumah kat situ sambil ambil angin petang.. Ternampak tepi rumah sebelah tengah renovate pecahkan dinding tepi.. Bila dah habis pusing-pusing sampai je villa dia pun cakap rumah sebelah kita kosong tengah renovate tu.. Kami pun jawab owh yelah dah orang boleh jalan-jalan bercuti dia repair lah rumah. Villa sebelah ni agak lagi nampak tak terjaga dari villa yang kami sewa..

Malam Jumaat lepas kami pusing-pusing di Banda Hilir sampai rumah dah lewat malam ada yang sembang-sembang sambil minum, suami sorang-sorang hisap rokok dekat berandar luar biasa dia akan lepak-lepak dulu sampai habis putung rokok.. TAPI dia terpandang villa kosong yang petang tadi tengah pecah dinding tu bila malam macam tak ada apa-apa yang berlaku dinding tu takda yang pecah!

Apa yang dia nampak petang tu tak sama apa yang dia nampak malam.. Tak mungkin lah pukul 6 pecahkan dinding malam dah sempurna.. Rokok pun tak habis lagi dia dah masuk rumah dia tak sedap hati.. Dia ckp nak tidur depan TV tapi bila dah rasa lain terus masuk bilik.. Dia cakap esok pagi dia nak jengah rumah sebelah.. Ngam je kami nak masuk tidur Adik dapat WhatsApp mungkin yang incharge rumah ni dia cakap so far ada apa-apa yang tak ok?? Kalau rasa tak selesa ke ada kerosakan nanti bagitahu.. Disebabkan belum kena GANGGU so kitaorang jawablah so far ok je selesa..

Keesokan paginya apa yg Mak dgn suami nampak sedang mereka nak masukkan barang dalam kereta?? Ada sorang pekerja sedang nak masuk bersihkan rumah tu dengan bawa plastik hitam..

Mcm rumah sebelah baru lepas orang check out tapi sekali lalu je org tu ke belakang mak baru nak panggil tapi dah hilang tapi diaorang masih nak tunggu untuk jumpa orang tapi tetap takda dah.. 4 mata yang nampak orang cleaner tu takkanlah perasaan atau bayang-bayang pula kan.. diaorang nak tanya ada orang sewa ke? Semalam renovate apa? Yelah kita Melayu rajinlah nak menyapa bertanya.. Tapi dia ghaib terus.. Semakin hairanlah dengan malam tadi kena GANGGUAN..

Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya, wanita itu turut menarik nafas lega kerana bernasib baik menyewa villa itu sehari sahaja

Bila semua dah keluar untuk check out dan ambil gambar so diaorang macam tak puas hati dia jenggah dekat cermin nak tengok dalam rumah tu nak tau? rumah tu kosong dalamnya takda apa-apa langsung.. Rumah dah tinggal lama.. Pecah dinding dalam pun takda luar pun takda rumah kosong tak mungkinlah ada yang sewa.. Jadi cleaner yang ghaib tu buat apa? Dia datang dri mana? Mana yang kitaorang nampak petang tengah pecah dinding tu? Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya.. Nasib baik kami sewa sehari sahaja kalau sewa 2 hari tak akan mungkin kami tidur lagi dekat situ biarlah rugi daripada kena kacau mungkin hari kedua lebih extreme.

Orang tanya dia main tarik kain yang macam mana? dia bukan tarik untuk melorotkan kain dia tarik macam kita nak cubit peha dia tarikkkkkk lepas tarik lepas ha mcm tu.. siapa tak seram Kalau mcm tu.. Tasbih dan tangan dalam kocek pun dia nak rentap keluarkan.. ada yang cakap kenapa tak keluar orang call siapa-siapa macam mana ya nak cakap memang dalam ketakutan nak pegang hp pun takut, takut tersuluh benda tu depan muncul pula depan muka.. Kaki macam jammed tak boleh nak keluar macam berat nak keluar dari bilik tu haa macam tulah.. Mungkin siapa pernah kena tahulah macam badan kena tindih dengan Jin haa macam tu berat tak boleh bangun..

Rumah dah lama tak berpenghuni mana-mana pun Jin suka duduk bukan kami tak pasang ayat-ayat al-Quran petang tu lepas sampai Abah solat siap mengaji lepas Maghrib pun baca Yassin rutin Khamis malam Jumaat, balik dari bandar pun sebelum tidur mengaji lagi Al Mulk.. tapi benda nak kena juga.. Ada lah makhluk Jin yang kepanasan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran so dia akan marah bila kita buat benda-benda baik.. Jin pun macam manusia ada yang baik ada yg jahat..

Apa yang saya dengar dari video pengalaman paranormal ni, kalau kita nak pergi bercuti atau menginap kalau boleh genapkan jumlah orang jangan bagi ganjil.. Bila jumlah ganjil akan ada yang mengikut dan menumpang.

Wallahualambisawab..

Yang baik datang ya dari Allah yang tak baik datang dari kami.. Maaf jika perkongsian ini ada yang kurang selesa apa yang saya share ini adalah suatu pengalaman yang benar.. Jaga mulut dari menyebut yang tak perlu..

Saya doakan semoga yang akan pergi bercuti sentiasa dilindungi daripada makhluk Jin dan syaitan.. Stay safe semua.. Assalammualaikum..

Tamat.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL