spot_img

Bayi Maut Di Rumah Pengasuh

- Advertisement -

LULUH hati si ibu apabila mendapat tahu anak tunggalnya, Luna Aralyn Amar Ridhwan yang dijaga pengasuh meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban petang semalam.

Menurut laporan Utusan Online, ibu bayi perempuan tersebut Lilis Handayani Sukran berkata, anaknya yang berusia empat bulan itu baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh.

“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.”

- Advertisement -

“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” kata wanita berusia 24 tahun itu ketika ditemui di HTJ.

Difahamkan, ahli keluarga masih menunggu keputusan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian Luna Aralyn selain jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol hari ini.

Menerusi perkongsian ibu saudara Luna Aralyn dikenali sebagai Cik Fitri di laman Facebook, dia memuat naik beberapa keping foto bersama mangsa yang meluahkan rasa kehilangan bayi berkenaan.

Al-Fatihah untuk anak saudara

- Advertisement -

“Mak Long macam tak percaya Luna dah takde. Maklong terkilan sangat sebab tak keras nak bawa Luna balik Kelantan sekali dengan Mak Long.”

“Jaga Luna sampai ibu Luna berhenti kerja.. Ya Allah.. berat sungguh dugaanMu, aku tak kuat,” tulisnya petang semalam.

- Advertisement -

Sementara itu, terdapat juga pengguna Facebook berkongsi posting mengucapkan takziah kepada ibu mangsa atas kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata.

Moga diberi kekuatan

Tenanglah ‘baby’ di dunia baru

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ibu mangsa mendapati keadaan anaknya itu dalam keadaan sangat lemah dan pucat sebelum dihantar ke HTJ.

Bagaimanapun, Luna Aralyn disahkan meninggal dunia 30 minit selepas tiba di hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL