spot_img

“Lelaki OKU” Dikecam Pura-Pura OKU Untuk Dapat Parkir

- Advertisement -

KEHADIRAN seorang lelaki ke Kuala Lumpur bersama-sama rakannya telah menjadi bualan netizen apabila mereka memuat naik video ‘menyalahgunakan’ tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU).

Video asal berdurasi 38 saat yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter menunjukkan lelaki tersebut memberitahu bahawa dia dan rakan-rakannya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai. Video diakhir artikel ini.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama telah mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.

- Advertisement -

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.”

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Selepas menghabiskan dialog tersebut, lelaki itu merakam aksi rakannya berjalan seperti orang OKU sebagaimana yang ‘ditugaskan’ oleh rakan mereka yang lain untuk meletakkan kenderan mereka pada tempat letak kereta khas untuk OKU.

- Advertisement -

Rata-rata orang ramai mengecam tindakkan mereka kerana bersikap tidak bertanggungjawab serta menyusahkan pengguna OKU yang betul-betul memerlukan tempat letak kereta tersebut. Hantaran video asal telah pun diturunkan daripada platform TikTok.

Menerusi perkongsian video TikTok terbaharu lelaki yang ‘menyamar’ sebagai OKU itu, mereka hanya merakam video tersebut sebagai konten TikTok sahaja. Tambah lelaki itu lagi, video tersebut membawakan mesej kepada orang ramai di luar sana agar tidak mengambil apa-apa kesempatan terhadap pihak OKU.

Bagi orang ramai yang sudah lama mengikut akaun TikTok kedua-dua lelaki terbabit, mereka menyatakan para netizen mengecam mereka berdua kerana masih ‘tidak kenal’ lagi jenis konten ‘bersifat realiti kehidupan’ yang sering diketengahkan oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL