spot_img

Misteri Bilik Air Berbau Busuk Terbongkar Selepas Tuan Tuan Rumah Pecah Siling

- Advertisement -

SEORANG lelaki dan keluarganya berasa tidak selesa apabila terhidu bau busuk yang tidak diketahui puncanya telah memenuhi ruang bilik air rumah mereka.

Selepas itu tiba-tiba ada air menitis dari siling rumah mereka berwarna merah kehitaman. Pada mulanya mereka ingatkan air itu sebab hujan ataupun air karat, tapi berasa sedikit pelik kerana baunya masam.

Mereka pun membersihkan bilik air rumah mereka namun bau busuk tersebut masih tidak hilang-hilang.

- Advertisement -

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk memecahkan siling di bilik air kerana merasa ada sesuatu yang tidak kena. Sambung kisahnya, lelaki ini menceritakan bapanya yang mengambil tugas untuk pecahkan siling tersebut.

Namun apabila sudah pecahkan sedikit, mereka terkejut apabila satu kepala binatang tiba-tiba keluar terjulur dan bau makin busuk! Menurut lelaki ini, dia terus lari keluar rumah dan muntah-muntah kerana tak tahan.

- Advertisement -

Akhirnya terjawab sudah persoalan mereka, apa punca bau busuk di bilik air. Rupanya ada bangkai musang di atas siling bilik air dan air berwarna mereka kehitaman yang menitik itu adalah darahnya.

- Advertisement -

Bangkai tu dah dibuang tapi nak jadikan cerita asbestos kat tempat musang tu bersemadi dah melekat bau haruman seribu bunga. Bahagian atas tu pun berselirat dengan wayar lampu dan lain-lain.

Lelaki ini sempat bertanya dalam status facebooknya mengenai apa perlu dilakukan untuk hilangkan bau busuk tersebut. Ada banyak juga cadangan-cadangan daripada netizen yang memberikan pendapat masing-masing.

Tak kurang juga yang berseloroh suruh beli dan pindah rumah baru.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL