spot_img

Laman Sesawang JPJ Gagal Diakses Selepas Diserbu Pengguna

- Advertisement -

LAMAN sesawang rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami gangguan akses selepas diserbu pengguna yang mahu melangsaikan tunggakan saman.

Ia selepas pengumuman pengurangan bayaran saman yang ditawarkan oleh JPJ sehingga 80 peratus sempena sambutan Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula pada Khamis.

Berdasarkan tinjauan di media sosial juga, orang ramai mula tidak dapat mengakses laman sesawang tersebut bermula dari jam 10 pagi tadi.

- Advertisement -

Namun, sekitar jam 1 hingga 3 petang tadi, laman sesawang tersebut masih lagi belum dapat diakses.

Pada hari Selasa yang lalu, JPJ menawarkan pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80 peratus kepada semua Notis Saman JPJ (yang boleh dikompaun) bermula 9 hingga 12 Disember ini.

JPJ berkata, diskaun bayaran saman itu bagaimanapun tidak terpakai bagi kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

- Advertisement -

Menurutnya, kemudahan bayaran saman itu turut disediakan menerusi kemudahan Unit Mudah Alih JPJ dan Kioks JPJ di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan seluruh pejabat JPJ di seluruh negara.

Kita sama-sama tunggu apa tindakan selanjutnya dari pihak JPJ. Harapnya ada alternatif yang baik untuk pengguna. Jangan korang serbu kaunter pula. hehe

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

- Advertisement -

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL