Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Rancang Mahu Serang Sabah Februari 2022?
spot_img

19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Rancang Mahu Serang Sabah Februari 2022?

- Advertisement -

SOUTH China Morning Post semalam melaporkan bahawa terdapat satu mesyuarat dihadiri oleh 19 datuk bandar telah diadakan di Selatan Filipina dengan tujuan untuk merangka serangan seterusnya ke atas Sabah. Mesyuarat itu juga diadakan bagi merancang untuk merekrut 600 orang individu untuk menyerang negeri itu.

Melalui laporan tersebut, difahamkan bahawa salah satu sumber memberitahu majalah Post’s This Week In Asia bahawa mesyuarat itu diadakan pada 1 Disember lalu dan diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina.

Kata sumber tersebut, rancangan itu berpotensi menjadi kenyataan, namun ia bergantung kepada berapa banyak sokongan politik dan dana yang diperoleh. Tambahnya lagi, terdapat pihak berkepentingan di Filipina dan luar negara sanggup untuk menggunakan isu ini bagi kepentingan politik dan strategik masing-masing.

Peristiwa Lahad Datu yang menjadi sejarah hitam buat negara pada 2013.
- Advertisement -

Difahamkan bahawa Februari 2022 dipilih sebagai hari untuk menyerang Sabah adalah disebabkan untuk ‘memperingati’ pencerobohan Lahad Datu pada 2013 serta didorong oleh kegagalalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan dengan kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu hak ke atas Sabah.

Tambah sumber itu lagi, sekitar 150 sehingga 200 pengintip sudah diarahkan untuk ke Lahad Datu dan Semporna bagi mengintip kawasan di sana. Laporan itu juga menyebut kemungkinan dua pantai utama itu bakal menjadi kawasan pertama yang akan diceroboh oleh pasukan pengganas.

Sebahagian anggota yang menyertai Op Daulat pada tahjun 2013.

Pada 11 Februari 2013, seramai 235 pengganas Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah. Mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara’ di hantar ke Lahad Datu oleh Jamalul Kiram II, salah seorang pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu dan mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL