spot_img

Tular Rakaman Warga Emas Ditikam Ketika Hendak Keluar Solat Jumaat

- Advertisement -

KLANG – Seorang lelaki warga emas yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid, maut apabila dipercayai ditikam dua lelaki berhampiran pintu pagar rumahnya.

Polis menerima maklumat kejadian jam 12.38 tengah hari tadi membabitkan mangsa berusia 69 tahun yang ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya di Kampung Idaman di sini. Video diakhir artikel ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kedua-dua suspek yang menikam mangsa berumur 33 tahun sudah diberkas di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam.

- Advertisement -

“Susulan penahanan kedua-dua suspek itu, kes bunuh itu dapat diselesaikan dalam masa kira-kira empat jam.”

“Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah. Senjata yang digunakan suspek untuk menikam si mati juga ditemui,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.

- Advertisement -

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa secara tiba-tiba ditikam seorang lelaki yang berlari dan meluru ke arah mangsa menyebabkan mangsa rebah.”

“Siasatan juga mendapati suspek mengenali mangsa. Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya sambil menambah permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat di Mahkamah Klang esok.

Laporan Polis

Selamat Sejahtera YDH Tuan KPD / Tuan Timb KPD Klang Selatan.

- Advertisement -

MAKLUMAN KEJADIAN 1 LELAKI MELAYU MATI AKIBAT DITIKAM

TARIKH : 10/12/2021 ( Jumaat )

MASA : 1234 Hrs

LOKASI : No 31 Jalan Idaman 6 Kampung Idaman, Pandamaran.

NO REPORT : Pandamaran rpt : 11085/21

IO KES : Asp Syed Robart Bin Sy Mohd Zain (019-7505555)

FAKTA KES

Pada 10/12/2021 jam 1234 Hrs, Pusat Kawalan IPD Klang Selatan (DCC) terima makluman daripada pihak HTAR Klang maklum pengadu 1 Perempuan nama : Cik Farah Ain, telefon : 010-8056447 beritahu 1 lelaki bangsa melayu dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ditikam menggunakan senjata pisau di alamat seperti di atas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Ambulan yang berada di lokasi oleh MA Irwan. DCC arahkan Mpv SL 97 ke lokasi dan maklum kepada anggota kaunter aduan Balai Polis Pandamaran untuk hantar anggota ke lokasi. Jadikan laporan sebagai maklumat pertama.

TINDAKAN DCC

Maklum kepada YDH Tuan KPD Klang Selatan

DCC buat laporan maklumat pertama (FIR)

DCC maklum kepada EO Balai Polis Pendamaran

DCC anggota Standby D9 Kpl Aznizam

DCC maklum SIO bertugas ASP Mohd SYahrir

Terima Kasih YDH Tuan.

Insp. G/19349 Ganesen A/l Rasaiah

Pegawai bertugas Dcc

100800Hrs – 101600Hrs

Rakaman yang tular sebelum ditikam

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL